Thursday, May 22, 2008

KERAJAAN NEGERI PEMBANGKANG PERLU BEKERJASAMA

MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi, berkata kerajaan perlu meletakkan syarat utama agar pelabur asing membawa teknologi apabila mereka ingin melabur dalam bidang pertanian di negara ini.

Ini dibuat oleh negara lain seperti China dan Thailand, katanya dalam program Bualbicara Dari Parlimen RTM.

Dalam pada itu, beliau terkilan isu tanah tidak dibangkitkan oleh MP ketika membahaskan mengenai sektor pertanian kerana ia isu besar. Menurutnya, MP perlu bertanya apakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi isu tanah untuk digunakan dalam sektor pertanian. Adakah Kerajaan Pusat mempunyai Bank Tanahnya? Bagaimana pula Kerajaan Pusat ingin mendapat kerjasama kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang kerana tanah adalah di bawah mereka.

Dr Mohd Puad juga tertarik dengan isu pengurusan sistem pepejal yang dibangkitkan oleh di Dewan Rakyat. Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membantu Kerajaan Pusat perlu mendidik orang ramai mengenai sistem pelupusan sistem pepejal secara meluas.

Menurutnya, mengikut Akta Pelupusan Sistem Pepejal, pelupusan pepejal diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu memberikan kerjasama sepenuhnya.

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di Kuching yang menggunakan teknologi sistem integrated Jerman berjaya menyelesaikan masalah sistem pepejal di negeri ketika ini. Masalah pelupusan pepejal itu perlu diselesaikan segera di seluruh negara bagi mengelakkan orang ramai sakit hati dengan perkhidmatan kerajaan.

Beliau membidas MP pembangkang yang mempunyai persepsi bahawa Kerajaan Pusat tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Mereka perlu memastikan pegawai PBT di negeri yang ditadbir perlu bekerjasama dengan Keajaan Pusat. Tanpa kerjasama rakyat akan rugi. Sebagai contoh soal tanah yang mungkin akan dilihat tindakan kerajaan negeri pembangkang yang bertolak-dalik.

Mengenai isu pemanasan global, Dr Mohd Puad berkata, rakyat negara ini perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah apakah kita perlu melakukan pembalakan besar-besaran yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

Di Johor, Dr Mohd Puad berkata banjir dua gelombang banyak memberi pengajaran kepada agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Antaranya keutamaan membersihkan sungai dan membuat longkang-longkang baru. Ini termasuk membersihkan rumput rampai yang menghalang air untuk mengalir dengan baik ke laut. Sungai di Batu Pahat, Sri Gading dan Parit Suluong sudah diperbaiki oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran.

Menurutnya, orang ramai perlu memahami hutan bukan warisan nenek moyang tetapi dipinjam untuk anak cucu pada generasi akan datang. Apabila pinjam, perlu dipulangkan balik. Jika ini diamalkan ia akan dapat menangani pemanasan global.

Beliau banyak akta mengenai menangani pemanasan global sudah wujud lama tetapi yang penting ialah penguatkuasaan. Kerajaan negeri perlu komited untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak menjadi beban besar kepada rakyat pada masa depan.

No comments: