Oleh Patriotisma
(http://www.patriotisma.blogspot.com)
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, memaklumkan dewan mengenai kepesatan pembangunan di Kuala Lumpur. Kota ini telah menarik minat pelbagai sektor termasuk pelabur-pelabur asing dan warga Malaysia dari seluruh negara yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.
Akibat daripada fenomena ini maka kerajaan perlu mengambil tindakan termasuklah mengadakan cukup tempat tinggal berbentuk rumah pangsa jenis awam dan swasta.
Menteri seterusnya memaklumkan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebagai pihak berkuasa tempatan telah diberi tanggungjawab ke atas segala perancangan dan perlaksanaan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur.
Usaha bersepadu DBKL menghadapi cabaran-cabaran yang hebat dalam melayari 'lautan' perumahan PPR seperti berikut:-
1) Kos penyelenggaraan yang semakin tinggi.
2) Pertambahan kos-kos baikpulih akibat dari salahlaku 'vandalism'.
3) Pertambahan perbelanjaan untuk perumahan MTEN yang tidak siap sebagai contoh keperluan untuk membina dewan komuniti.
MP Machang (PKR) mencelah dan menanyakan isu yang tidak kena mengena dengan perkara yang dibahaskan. Beliau telah menimbulkan isu Pusara Negara - tanah perkuburan untuk VIP dan Menteri dengan baik memberitahu dewan bahawa ini adalah urusan JPM. Kelakuan MP Machang bukan perkara baru. Sikap beliau ini merugikan ahli dewan yang menunggu-nunggu maklumat dari Menteri mengenai perancangan DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur kota kelas satu. Sepatutnya, Menteri tidak perlu menjawab soalan lain daripada apa yang sepatutnya dijelaskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment