Tuesday, May 20, 2008

PERKHIDMATAN JALUR LEBAR

MP Bagan bertanyakan soalan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sama ada kerajaan sedar bahawa perkhidmatan 'streamyx' kurang memuaskan malah hanya 15% sahaja rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan internet. Peratusan ini adalah amat rendah berbanding dengan negara lain. Sebagai contoh, Singapura mencapai 78% IT Penetration. MP Bagan juga bertanya sama ada kerajaan sedar tiga perkara yang penting perlu diambil kira dalam menyediakan masyarakat celik IT iaitu 3A 'Affordable, Accessible, Available'.

Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh MP Bagan, kerajaan amat sedar tentang 3 kaedah iaitu 3A tersebut malah sentiasa mengambil 3 ciri dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar. Kebelakangan ini, sebanyak 48% rumah di Malaysia boleh dibekalkan dengan perkhidmatan jalur lebar. Cuma rakyat yang tidak bersedia mengambil peluang untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Justeru itu kerajaan berharap pengguna-pengguna internet yang sedia ada menggalakkan rakan-rakan yang lain menggunakan kemudahan internet dalam meningkatkan peratus pengguna IT ataupun 'IT penetration' di Malaysia.

No comments: