SANDAKAN, 21 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam menahan seorang pemilik kapal nelayan kerana mengambil Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai awak-awaknya.
Penahanan itu dibuat berikutan tertangkapnya tiga awak-awak tersebut yang didapati memiliki Kad Pelarian IMM 13 palsu.
Pegawai Memerintah KM Satang, Lt Komander Yousry Yaali berkata kapal nelayan itu ditahan di perairan Sandakan berhampiran Pulau Nunuyan kira-kira pukul 4.30 petang.
"Pemeriksaan lanjut terhadap tiga awak-awak warga Filipina itu mendapati kad pelarian IMM 13 yang mereka miliki diragui kesahihannya dan disyaki palsu.
"Berikutan itu, juragan yang juga pemilik kapal itu, seorang rakyat tempatan turut ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1967 (Pindaan) 1997 kerana menggajikan PATI," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya jika disabit kesalahan, pemilik kapal itu boleh didenda tidak kurang daripada RM 10,000 dan tidak melebihi RM 50,000 untuk setiap pekerja asing tersebut.
Yousry berkata awak-awak itu yang berusia lingkungan 20-an telah bekerja secara haram di negara ini antara dua bulan dan setahun lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment