MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yakin rakyat Sabah akan mempertahankan negeri itu sehingga ke titisan darah terakhir jika ada pihak yang berusaha untuk mengambil negeri ini daripada Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam bualbicara Dari Parlimen RTM1 yang bertanyakan mengenai laporan yang menyatakan rakyat Filipina, Nur Misuari, ingin menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.
Menurutnya, Nur Misuari tidak mempunyai local standi dan sebarang tuntutan ke ICJ perlu dilakukan oleh kedua-dua negara yang terbabit bukanlah individu tertentu. Beliau mengecam sebarang tindakan pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.
Datuk Abdul Rahman juga menyifatkan tindakan untuk "membeli wakil rakyat" adalah perbuatan yang menghina MP dan ia tidak adil kepada rakyat yang telah memilih mereka.
Baginya, beliau rasa terhina kerana diwar-warkan untuk melompat parti.
Menurutnya, pada mulanya, beliau menganggap tindakan membeli itu sebagai satu kepentingan politik tetapi setelah mengetahui pihak pembangkang mewar-warkan bahawa kerajaan sekarang ingin digulingkan dengan membeli atau meminta wakil rakyat melompat, beliau membongkarkan perkara itu di Parlimen kerana menganggapnya sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Datuk Abdul Rahman sudah membuat dua laporan kepada BPR di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Beliau yakin BPR akan mengadakan siasatan untuk membongkarkan tindakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan negara.
Beliau memuji ada pemimpin dalam PKR yang tidak mahu perkara ini berlaku kerana merasakan pengulingan ini tidak sepatutnya berlaku. Ia hanya dilakukan oleh beberapa pemimpin yang ingin mencapai kepentingan peribadi.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman berkata, pencapaian institusi pengajian tinggi negara ini amat membanggakan kerana dalam tempoh 50 tahun ia sudah menunjukkan prestasi yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment