Tuesday, May 20, 2008

ADA MP DAPAT PRIME TIME

MP Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh, mahu keadilan dari segi liputan "prime time" atau siaran langsung setengah jam oleh RTM1 (10 pagi - 10.30 pagi) yang diterima oleh MP tertentu untuk bertanya soalan.

Pagi ini, antara MP yang mengemukakan soalan ialah MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berjanji akan melihat perkara itu tetapi menegaskan MP itu pernah mendapat liputan "prime time" ketika menanyakan soalan pada 8 Mei lalu.

Dr Mohd Puad dalam soalan tambahan mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh menentukan harga air mengikut sesuka hati mereka.

Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang anak Gandum, menjawab ia adalah hak kerajaan negeri untuk berbuat demikian.

No comments: