MP Bukit Mertajam, Chong Eng, bertanyakan soalan kepada Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mengenai siaran langsung persidangan di Dewan Rakyat yang perlu dipanjangkan masanya.
Respon yang diberi Menteri Penerangan terhadap soalan yang dikemukakan oleh MP Bukit Mertajam adalah sangat meyakinkan di mana tempoh masa siaran langsung sidang Dewan adalah berbentuk sementara dan diadakan dalam tempoh percubaan. Jika respon atau rating yang baik diterima oleh rakyat Malaysia, Kementerian Penerangan akan berbincang dengan Kabinet untuk memanjangkan tempoh masa siaran langsung persidangan di Dewan Rakyat.
Walaupun MP Batu Gajah, Fong Poh Kuan, tidak bersetuju dengan alasan Menteri Penerangan yang khuatir jika siaran langsung dipanjangkan waktu siarannya, MP akan membicarakan perkara yang remeh temeh dan boleh menjatuhkan imej Parlimen serta boleh membuatkan penonton televisyen benci kepada Parlimen.
Menteri Penerangan menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya bagi mempertahankan imej Parlimen kerana khuatir siaran langsung sidang Dewan disalahgunakan.
Bagi soalan yang ditimbulkan oleh MP Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, iaitu mengenai rating penonton yang menonton siaran langsung sidang Dewan, Menteri Penerangan menjawab bahawa siaran langsung sidang Dewan telah ditonton oleh 240 ribu sehingga 300 ribu penonton. Ini adalah satu petanda yang baik daripada rakyat terhadap siaran langsung sidang Dewan.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment