Monday, May 12, 2008

PROJEK KHINZIR RAKSASA (PKR)

Oleh Aspirasi Bangsa
( http://aspirasi-bangsa.blogspot.com )


Dewan Rakyat hari ini semakin menarik, menurut laporan Malaysia Kini Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Rembau, mencipta singkatan nama yang menarik di Dewan Rakyat hari ini dalam isu penternakan babi dengan menamakannya "Projek Khinzir Raksasa" atau PKR.

Beliau berucap sewaktu membahaskan isu bahan makanan yang mencukupi seperti padi, daging lembu, sayur dan daging kambing.

Beberapa ahli parlimen PKR tidak berpuas hati dan bangun untuk menjawab tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy.

Sindiran tajamnya itu bagaimanapun dijawab ahli palimen PAS, Mahfuz Omar, dengan PBN atau "Projek Babi Negara".

Walaupun bunyi agak ganjil bunyinya sebab tidak pernah orang panggil parti BN @ PBN. Kalau Parti Keadilan Rakyat @ PKR agak biasalah. Jadi PKR di panggil "Projek Khinzir Raksasa" macam kena sahaja sebab setakat ni kerajaan PKR sahaja yang buat Projek Khinzir Raksasa. Kiranya memang macam raksasalah dengan bajet RM 100 ribu sebagaimana yang dilaporkan.

Khairy kemudian bertanya siapa yang mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi gagal mengenal pastinya.

Sindiran beliau di awal ucapan di sesi pagi tadi dipercayai merujuk kontroversi projek penternakan moden babi di Selangor yang kini dipimpin oleh menteri besar PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

No comments: