Tuesday, May 13, 2008

MP BUKIT GELUGOR SEMAKIN BIADAP

oleh : shabab al-huda
(http://syababal-huda.blogspot.com)

MP Bukit Gelugor dengan tegas tetap mempertahankan pendiriannya tentang mempersoalkan siapa yang menyediakan titah ucapan SPB YDP Agong. Beliau membangkitkan persoalan sebegini seolah-olah SPB YDP Agong tidak menyemak dahulu ucapan tersebut dan hanya membaca tanpa usul periksa. Sikap sedemikian, secara tidak langsung cuba menggambarkan seolah-olah baginda hanya mengikut telunjuk kerajaan, sedangkan beliau sendiri sudah mendengar penjelasan oleh MP Muar sebelum ini bahawa apa yang diucapkan oleh SPB YDP Agong merupakan titah ucapan baginda dan tidak perlu dipersoalkannya. Inilah sikap wakil rakyat pembangkang yang terus menerus mahu membangkitkan persoalan sebegini dan meminggirkan isu-isu yang lebih penting untuk kebjikan masyarakat umum. Semua ini bertentangan dalam kempen-kempen mereka untuk membela nasib rakyat.

Beliau juga dengan tegas tetap mempersoalkan DYMM Sultan Perak dengan mengatakan baginda tiada hak mengarahkan MB Perak melantik semula Pengarah JAIP dengan alasan sultan tiada kuasa mencampuri urusan pentadbiran negeri. Kemudian beberapa orang MP daripada BN bangun dan menegaskan bahawa Sultan Perak merupakan Ketua Agama Islam dan berhak dalam mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Sepatutnya beliau perlu sedar bahawa apa sahaja yang berkaitan hal ehwal agama Islam baginda sultan berhak dan di bawah kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam. Selain itu, terdapat juga peringatan yang ditujukan kepada MP Bukit Gelugor tentang apa yang berlaku kepada J.W.W Birch.

Beliau diingatkan supaya tidak menyentuh sensitiviti orang Melayu kerana Sultan-sultan merupakan Ketua Agama Islam. Beliau juga diingatkan supaya tidak menggunakan peluang membahaskan titah ucapan SPB YDP Agong dengan memburuk-burukkan kedua-dua baginda YDP Agong dan DYMM Sultan Perak. Beliau perlu sedar akan implikasi tertentu sekiranya terus menerus menyentuh sensitiviti orang Melayu. Ini kerana dikhuatiri perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku seperti rusuhan perkauman dan sebagainya.

No comments: