Monday, May 12, 2008

USUL TERGEMPAR WAN AZIZAH DITOLAK

KUALA LUMPUR 12 Mei – Usul tergempar Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendesak kerajaan menggunakan pengaruh politik dan diplomatik supaya kerajaan junta Myanmar menangguhkan pungutan suara ditolak Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul itu ditolak kerana tidak memenuhi syarat ketiga iaitu ia tidak perlu disegerakan kerana Malaysia tidak harus mencampuri urusan dalaman negara itu.

"Mengikut perkara 18 peraturan mesyuarat, ia memenuhi dua kategori tertentu dan bagi kepentingan orang ramai tetapi tidak syarat ketiga,” katanya.

Dr. Wan Azizah berkata, pungutan suara itu akan memberi kesan kepada rantau ini, lebih-lebih lagi ketika negara berkenaan dilanda bencana taufan Nargis yang dilaporkan meragut nyawa puluhan ribu rakyat. - Bernama

No comments: