Tuesday, May 13, 2008

PLKN@NATIONAL SERVICE

Oleh Princess Aurora

MP Batu Gajah menyarankan supaya Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dihentikan serta merta sehingga Kementerian Pertahanan mengkaji semula perlaksanaan program tersebut. Ini ekoran jumlah kematian Pelatih yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Di mana atau apakah kesilapannya? Kebetulan hanya seorang dari ahli keluarga saya yang terpilih untuk menyertai program itu. Itupun dihantar pulang hanya selepas seminggu di kem latihan disebabkan oleh asma. Boleh pun ambil tindakan pantas sebelum masalah jadi lebih teruk.

Pada dasarnya, saya suka idea program ini. Bagaimanapun mungkin cara perlaksaannya perlu diperhalusi. Mungkin jumlah Pelatih setiap kem dikurangkan supaya perhatian lebih boleh diberikan sekiranya timbul sebarang masalah terutamanya masalah kesihatan.

Jurulatih juga jangan memandang remeh jika pelatih mengadu sakit. Bak kata pepatah "Better be safe than sorry". Kalau sakit, hantar terus pergi hospital dan jika doktor menerangkan tiada masalah, bawa balik. Sambung latihan. Jika sebaliknya, hantar balik ke rumah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.

No comments: