oleh : pricess aurora
(http://princessaurora222.blogspot.com)
YB Kuala Krau membangkitkan adakah kerajaan menyediakan khidmat latihan kepada rakyat tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing. Jawapan yang diberikan sering berbalik kepada soal kewangan dimana upah untuk pembantu rumah tempatan adalah jauh lebih tinggi berbanding pembantu rumah asing. Ini bermakna, walaupun kerajaan bersedia untuk menyediakan latihan kepada rakyat tempatan untuk menjadi pembantu rumah, adakah para majikan bersedia untuk mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membayar upah pembantu rumah?
YB Rantau Panjang berkata soal kewangan tidak penting, yang lebih penting adalah masa depan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan dengan pembantu rumah asing semasa ibu bapa mereka keluar bekerja. Pelik bukan? Memperjuangkan soal pembantu rumah? Mahu kerajaan sediakan latihan untuk rakyat tempatan menjadi pembantu rumah? Apakah jaminan pembantu rumah tempatan lebih baik dari pembantu rumah asing? Secara dasar juga, bukankah sesuatu perkhidmatan akan wujud sekiranya ada permintaan? Jika tiada rakyat tempatan yang mahu menjadi pembantu rumah, bagaimana kerajaan mahu menyediakan latihan? kalau ada pun rakyat tempatan mnjadi pembantu rumah, mereka lebih senang bekerja di luar negara yang memberikan pendapatan yang lebih lumayan.
Secara peribadi, yang penting adalah peranan ibu bapa itu sendiri. Kalau sanggup berbelanja lebih, tak mustahil untuk dapatkan bibik Malaysia. Pokoknya, walau dari mana sekali pun bibik kita, kalau kita lepas tangan, semua bibik buat, anak-anak akan jadi anak bibik. Sekiranya kita hadkan fungsi bibik, anak tetap anak kita. Renung-renungkan.
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment