Tuesday, May 13, 2008

MP BAGAN JANGAN PERKECILKAN PEMUZIK TEMPATAN

MP Bagan (DAP) menimbulkan pelbagai perkara termasuklah mengenai Orkestra Philharmonik yang pada hemat beliau telah berbelanja sebanyak RM500 juta ringgit. Beliau mengatakan bahawa duit ini sepatutnya disalurkan kepada orang miskin.

MP Bagan seharusnya memahami bahawa Malaysia kini adalah tergolong dalam negara membangun. Pembangunan sebenarnya adalah luas dan ia meliputi aspek kebudayaan, hiburan dan lain-lain lagi.

Malaysia perlu juga memperkayakan warganya dalam bidang-bidang tertentu termasuk muzik supaya warga kita ini mendapat pendedahan seluas-luasnya.

Dengan bertambahnya minat warga kita dalam bidang ini, ia akan meningkatkan kepakaran pemuzik-pemuzik tempatan dan sekaligus mencetuskan minat generasi muda yang akan datang. Mereka akan menjadi rebutan pemuzik-pemuzik antarabangsa dan ini akan akan mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Kini, Orkestra Philharmonik diminati oleh warga-warga asing yang bermastautin di Malaysia. Ramai konduktor muzik asing yang masyhur telah memimpin Okestera Philharmonik sejak diwujudkan lagi.

Perbelanjaan yang kita buat itu tidak dianggap membazir tetapi adalah satu pelaburan untuk memperkayakan industri muzik di samping meningkatkan semangat pemuzik-pemuzik tempatan untuk maju ke hadapan. MP seharusnya tidak menjadi "katak di bawah tempurung" tetapi membuka minda mereka dalam menyokong program yang menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Pembangunan perlu menyeluruh dengan membabitkan bidang kebudayaan dan keseniaan.

No comments: