Monday, May 12, 2008

PASIR SALAK MINTA PEMBANGKANG BELAJAR SEJARAH

MP Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman, mahu semua pihak negara ini memahami apa yang dilakukan BN/UMNO untuk mempertingkatkan martabat rakyat negara ini terutama bangsa Melayu. Menurutnya, inilah yang dilakukan oleh parti ini yang tidak mahu diiktiraf oleh pihak tertentu.

Beliau berharap pembangkang tidak mengamalkan sindrom denial dengan menolak apa yang telah dilakukan oleh kerajaan di bawah BN selama ini. Perjuangan besar ini boleh dilihat dengan kemajuan negara sejak merdeka lagi.

Dato' Tajuddin bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk membawa pembangunan di kawasan luar bandar. Beliau yakin usaha itu akan membantu membasmikan kemiskinan dan meningkatkan tahap pendapatan penduduk di luar bandar.

Beliau mahu agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan modal untuk membangunkan industri kecil dan sederhana seperti yang dilakukan di Jepun. Negara ini mempunyai kawasan luar bandar yang baik seperti kawasan bandar.

Beliau mahu kerajaan membangunkan perindustrian pertanian dan industri yang membangunkan petani. Beliau kesal ada pihak pelaksana yang gagal melaksanakan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan. Ini ibarat melepaskan batuk ditangga.

Menurutnya, penduduk kampung kekurangan modal dan teknologi untuk membangunkan kawasan luar bandar. Kerajaan perlu mengambil usaha yang bersungguh-sungguh termasuk melakukan revolusi pertanian. Kawasan pertanian padi tidak begitu cergas kerana sistem pengaliran yang tidak mengikut zaman atau sudah tertinggal.

Oleh itu, kerajaan perlu mengadakan sistem pengaliran yang terbaik termasuk di Pasir Salak bagi menggalakkan lebih banyak kawasan untuk membekalkan beras.

No comments: