Monday, May 12, 2008

KARPAL MENANTI TINDAKAN UNDANG-UNDANG

MP Gelugor, Karpal Singh, hari ini masih lagi degil, kurang ajar terhadap DYMM SPB Yang DIPertuan Agong, DYMM Sultan Perak, Sultan Pahang, Sultan Terengganu dan Raja Perlis. Ia menunjukkan bahawa Karpal ketandusan isu untuk diperjuangkan demi kepentingan rakyat di negara ini. Pengundi perlu sedar dengan gelagat MP ini.

Ahli Parlimen DAP itu sedar tentang apa yang dilaporkan oleh rakyat kepada pihak polis berhubung dengan dakwaan menghina Raja-raja Melayu tetapi masih berdegil, mempertahankan tindak-tanduknya yang biadap dan tidak mahu menerima kebenaran bahawa beliau perlu menghormati Raja-raja Melayu.

Justeru, memandangkan Karpal masih lagi tidak berubah sikap terhadap institusi Raja-Raja, maka wajarlah pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Karpal Singh melalui saluran undang-undang yang sedia ada.

Tindakan Karpal itu bukan satu yang memeranjatkan. Tetapi sebagai seorang yang mengetahui undang-undang apatah lagi Perlembagaan Negara, beliau menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar yang mungkin akan diikuti oleh generasi akan datang terutama anak-anaknya. Sebagai bapa, beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya yang kini menjadi MP dan ADUN. Tidak hairanlah jika kedua-dua anaknya itu akan mengikut jejak langkah bapanya yang kurang ajar kepada Raja-raja Melayu.

No comments: