oleh Mustika Citra
( http://www.mustikacitra-indah.blogspot.com )
Isu Pendatang tanpa izin terus dibangkitkan oleh MP Keningau. Dakwa beliau, isu ini selalu dibangkitkan oleh pembangkang terutama ketika Pilihan Raya Umum yang lalu. Beliau mendakwa, peraturan dan undang-undang tidak dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Rakyat harus tahu dan sedar, sebenarnya kerajaan sentiasa mengambil serius perkara ini malah pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk menangani masalah pendatang tanpa izin. Tetapi harus juga kita sedar dan tahu penyelesaiannya tidaklah semudah yang disangkakan, apatah lagi masalah itu sudah berakar-umbi puluhan tahun lamanya.
Bagaimanapun, jika kita bersatu hati dan tidak hanya menuding jari mencari kesalahan orang lain, tidak mustahil kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Membuat tuduhan memang mudah dan orang yang dituduh kebiasaannya akan dilihat jahat.
Pesan Mustika, rakyat Sabah sendiri harus mempunyai peranan dan memainkan peranan merekabagi membantu kerajaan merealisasikan perancangan dan usaha Kerajaan ini. Usaha kerajaan tidak mungkin berkesan jika sebahagian rakyat terus bersikap dingin dan mengambil kesempatan daripada kehadiran PATI untuk mengaut keuntungan ekonomi semata-mata.
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment