Monday, May 12, 2008

KARPAL SINGH HENTAM SEMUA ORANG

Ketika MP Gelugor, Karpal Singh, berhujah di dalam Dewan Rakyat, MP Parit Buntar (PAS) telah mengambil peluang berhujjah mengenai jawatan Pengarah Perak yang sebenarnya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau kononnya cuba mengaitkan bahawa perlantikan ini adalah oleh kerajaan atau JPA dan bukannya Sultan. Bagaimanapun, beliau telah ditegur oleh MP Gelugor bahawa beliau tidak faham tentang aspek perjawatan.

Adalah secara hormatnya eloklah MP Parit Buntar betul-betul mendalami aspek perkhidmatan sebelum berhujah di dalam Dewan Rakyat. Kalau tak faham jangan cuba mengelirukan ahli dewan di samping dimalukan oleh rakan dalam pembangkang campuran yang tidak menghormati Raja-raja Melayu apatah lagi MP dari PAS.

No comments: