MP Titiwangsa nampaknya cuba menonjolkan perkara-perkara lazim seperti kedudukan pasar Chow Kit, kehadiran penjaja-penjaja bukan rakyat tempatan, kekurangan kawasan meletak kereta serta isu merokok di kalangan ahli Dewan Rakyat di dalam Parlimen.
Perbahasan yang disampaikan oleh Dr Lo Lo bagi pemerhati politik, tidak dinamik dan hambar. Ini amat memalukan memandangkan beliau seorang graduan.
Sebagai ahli PAS yang sudah lama berkecimpung di dalam arena politik, beliau seharusnya mengetengahkan idea-idea segar dan bernas.
Beliau sepatutnya mencadangkan bagaimana menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya utama yang terus dikenali oleh seluruh dunia. Beliau perlu peka mengenai apa yang harus dilakukan kepada warga Kampung Baru di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Masyarakat Titiwangsa ingin mendengar pendapat-pendapat beliau dalam hal membangunkan Titiwangsa bukannya menyentuh isu-isu remeh temeh. Mungkin pengundi di kawasannya boleh mencadangkan MP mereka untuk bercakap lebih baik lagi pada masa akan datang.
Dr Lo Lo perlu mencontohi rakan separtinya MP Kubang Kerian yang mengemukakan pandangan yang bernas demi kepentingan masyarakat sejagat.
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment