Tuesday, May 13, 2008

HANYA PANDAI MENGKRITIK..

MP Sungai Petani hanya pandai mengkritik sahaja. Kritikan yang dibuat oleh MP Sungai Petani hanya sekadar pandai menyampaikan data sahaja tanpa mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi. Contohnya, apabila MP Sungai Petani menyatakan tentang isu pendidikan, membina modal insan walhal perkara ini adalah satu perkara yang berterusan dan mengambil masa yang lama. Sedangkan kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan secara berterusan dan mengikut peredaran masa dan global.

MP Sungai Petani lupa kegagalan sesuatu perancangan disebabkan faktor alam, faktor manusia dan juga faktor pengurusan. Sepatutnya MP Sungai Petani tidak hanya pandai mengkritik tetapi hendaklah disertakan dengan cadangan tanpa mengira perbezaan fahaman kepartian untuk kepentingan rakyat bersama.

No comments: