Tuesday, May 13, 2008

SYABAS MP KAPIT

oleh : Pemuda Malaysia

MP Kapit menyatakan pendirian yang jelas sebagai MP yang bernaung di bawah payung parti Barisan Nasional. Di samping menyampaikan hujah di dalam perbahasan titah menjunjung kasih, beliau memberi jaminan bahawa sebagai MP yang telah dipilih oleh rakyat Sarawak, wakil rakyat Sarawak terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi.

MP Kapit turut menyelar ucapan serta tindakan yang sedang dilakukan oleh Penasihat PKR, di mana DSAI cuba untuk memujuk ahli parlimen daripada parti Barisan Nasional melompat parti dengan menyertai Pakatan Rakyat. Tindakan DSAI ini dikatakan sebagai menghina MP daripada Barisan Nasional. MP Kapit mengingatkan kepada DSAI bahawa MP Barisan Nasional tetap teguh berdiri di belakang Barisan Nasional dan tak perlulah melakukan berbagai-bagai cara atau tindakan bagi menarik MP Barisan Nasional melompat parti.

No comments: