Friday, August 15, 2008

SAIFUL SELESAI ANGKAT SUMPAH

Saiful Bukhari dilaporkan baru selesai mengangkat sumpah di dewan solat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung isu liwatnya pada pukul 6.15 petang tadi. Beliau memenuhi janjinya sebelum ini untuk bersumpah mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran di depan mimbar masjid, beliau melafazkan sumpah:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...
"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Saiful yang ditemani bapanya, Azlan, kini dalam perjalanan ke sidang media yang dijadualkan berlangsung di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Sidang media mengejut ini dilengkapi dengan LCD projector tetapi tidak diketahui apa yang akan ditayangkan.

Ini adalah sidang media pertama Saiful sejak membuat laporan polis yang mendakwa beliau diliwat oleh Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun yang lalu.

Berita dan maklumat lanjut akan di update dari semasa ke semasa sebaik sidang media bermula- AgendaNews

No comments: