Friday, August 15, 2008

PAS PERMATANG PAUH SUDAH BOSAN

Oleh Pemikir Negara

Entah apa yang berlaku dalam PAS Permatang Pauh. Mereka kini kelihatan malas untuk turun ke padang dan membuka markas. Mungkin belum mendapat arahan. Mungkin tidak mahu lagi diarah ke sana dan kemari.

Apa pun daripada pemerhatian beberapa rakan di sana mendapati markas PAS tidak dibuat awal-awal lagi berbanding Pilihanraya Umum pada Mac lalu. Jika dulu, markas PAS dilihat timbul di sana sini yang mengerunkan Barisan Nasional (BN).

Kali ini, amat berlainan. Seolah-olah menunjukkan ada punca yang tidak diketahui. Apa puncanya ahli PAS berbuat demikian. Mereka saja yang tahu. Tetapi tindakan ini sudah tentu tidak sihat untuk pembangkang terutama PKR.

Apakah PAS akan memulau pilihanraya kecil ini? Jika berlaku maka PKR terpaksalah bertarung secara sendirian atau pun dibantu oleh DAP yang amat gemar pemimpin PKR membantu ahlinya yang banyak bukan Melayu.

Apakah PAS merasakan PKR sudah lupa perjuangan menegakkan Islam? Apakah PAS terkilan dengan tindakan PKR menyokong Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam?

No comments: