Oleh Tulip Desa
Anwar Shaari, Ezam Mohd Noor dan Dato' NallaKarupan bukan asing lagi dalam Pakatan Rakyat. Mereka adalah bekas pemimpin Parti Pakatan Rakyat yang setia dan akur dengan DSAI. Akhirnya, mereka sedar bahawa ketuanya sudah melencong daripada perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat sebaliknya kemaruk untuk menggapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, mereka mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan PKR dan memasuki UMNO yang lebih jelas dan tersusun perjuangannya untuk membela nasib rakyat.
Kemasukan ketiga-tiga pemimpin PKR ini dilihat sedikit sebanyak mengubah lanskap politik negara. Pelbagai reaksi positif dan negatif yang ditunjukkan oleh rakyat dan juga parti-parti lain berhubung kemasukan tersebut. Bagi UMNO, kemasukan Ezam memberi semangat baru dan membantu kepada kekuatan parti. Ezam Mohd Noor adalah orang kanan DSAI dan mereka dikatakan begitu akrab kerana telah mengenali DSAI hampir 30 tahun bermula daripada UIA.
Ezam sanggup menemani DSAI ke mana sahaja sehingga ke luar negara demi memperjuangkan nasib Orang Melayu yang menjadi asas kepada penubuhan negara. Kesetiaannya kepada DSAI dan parti menyebabkan beliau dipenjarakan di bawah Akta ISA semata-mata untuk memperjuangkan ideologi PKR. Walaubagaimanapun, setelah keluar daripada penjara, DSAI masih lagi tidak memperjuangkan asas penubuhan Malaysia sebaliknya melanggar asas penubuhan negara. Ini penyebab utama mereka kecewa dengan ketua mereka yang selami ini mereka sanjung.
Sehubungan itu, Tulip menyeru kepada pengundi Permatang Pauh yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya berfikir dan menilai secara bijak ketika membuang undi. Jangan terpedaya dengan pembohongan DSAI yang cuba meracuni dan memesong pemikiran rakyat agar mengundi beliau. Sudah terbukti pada pilihan raya lepas, manifesto PKR tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Pelbagai alasan dan helah diberikan untuk menutup kelemahan mereka.
Ayuh, pengundi Permatang Pauh, fahamilah segala pembangunan, kestabilan ekonomi dan politik yang selama ini dikecapi adalah hasil usaha pemimpin Barisan Nasional bukannya Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment