Gambar: Haji Hadi mula sangsi dengan keakraban Anwar dan Kit Siang.
Apakah Kit Siang akan jadi pilihan Anwar untuk kerusi no. 2?) Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.
Haji Hadi menyatakan demikian di ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Pulau Pinang pada 11 Ogos 2008. Sekiranya komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara maka PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.
(Gambar: Blogger DAP sudah jadi Ahli Parlimen di Penang.
PAS yang bantu siang malam kempen tidak dilantik pun jadi EXCO di Penang). Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang), berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Haji Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau.
Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji” kata Mohamed Hafiz. Pemuda PAS Penang berani lawan DAP?
Baru baru ini, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Fairus (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) membawa satu rombongan ke luar negara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada DAP. Fairus juga dipertikaikan kerana menggunakan kad minyak kereta Exco pada kereta sendiri. Siapa dengki kepada Exco Islam Penang, kalau tidak DAP? Wakil Rakyat PAS, Exco pun tidak dilantik. DAP tidak pandang dan tidak hargai pun jasa PAS di Pulau Pinang. Orang PAS masih tidak sedar lagi kah? Baguslah kalau Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR Bandar Bharu Kulim) sudah sedar bila bergaduh dengan Latheefa Koya (Peguam Anwar, Ahli Majlis MPT PKR) ketika penganjuran Forum "Memeluk Islam". Latheefa Koya sama seperti bosnya, mempertahankan juga penganjuran forum tersebut.
AZRINIZAM IBRAHIM,Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Sumber: http://www.anginperubahan.blogspot.com/
***************************************************************************
Apa sudah jadi dengan Pakatan Rapuh (PKR)? Belum setahun memerintah sudah dengar ura-ura nak berpecah. Menjadi mula nama yang Tulip gelarkan ini. Bukan semakin lama semakin kuat, sebaliknya semakin rapuh dan layu. Nampaknya PAS mula bimbang dan sangsi dengan hubungan DSAI dan Lim Kiat Siang yang kelihatan semakin akrab, semacam ada hidden agenda. DSAI pula terdesak dalam meraih sokongan dan dalam usaha mengekalkan kedudukan politik dan populariti beliau.
Sedarilah wahai Pakatan Rakyat, hancur atau majunya sesebuah negara adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran pemimpin politik parti itu. Justeru itu, janganlah terlalu ghairah menunjukkan kehebatan dan kekuatan sehingga tidak menyedari maruah bangsa dan agama berada diambang kemusnahan. Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment