Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

DS NIZAR NYALAKAN LILIN....NIK AZIZ TERDIAM!!

OLEH : PEMIKIR - MM

DS Nizar, MP Bukit Gantang (PAS-Perak), telah menarik minat pemerhati politik dan akhbar-akhbar tempatan apabila beliau menyertai majlis menyalakan lilin. Kegiatan ini yang diketuai oleh beliau adalah untuk memperingati kematian Teoh Beng Hock berasal dari Alor Gajah, Melaka.

Apa yang dilakukan oleh DS Nizar menyalakan lilin merupakan gimik politik bertujuan meraih simpati untuk diri beliau dan penyokong-penyokong dari pembangkang. Sebagai seorang muslim, beliau sanggup membuat sesuatu yang dianggap tidak islamik. Walaupun beliau berpura-pura tetapi ini bukan caranya. Memadai beliau hadir tanpa memegang lilin. Tetapi ketika itu kegilaan minda lebih bermaharajalela untuk beliau bersikap rasional. Apa yang dilakukan itu bukan sahaja dimarahi oleh orang Islam malah menjadi bahan tertawa oleh orang-orang bukan Islam. Mereka-mereka yang bukan Islam pasti heran dan beranggapan bahawa MP mereka ini seorang hipokrit.

Pemerhati berpendapat bahawa gelagat DS Nizar sudah sampai satu tahap yang boleh didefinasikan sebagai madness atau obsesi terhadap sesuatu sehingga menjejaskan imej beliau sendiri. Alangkah baiknya sekira MP ini turun ke padang dan melawat keluarga Teoh di Melaka dan ini pasti memberi impak kepada beliau, padahal beliau bukan ada apa-apa tugas pun setakat ini di Perak. Malangnya beliau dibuai oleh perasaan syok sendiri tanpa menyedari hakikat dan persekitaran budaya serta Islam.

Adalah diharapkan bahawa DS Nizar kembali ke alam nyata supaya beliau tidak dianggap pemburu publisiti murahan sehingga memalukan orang-orang Melayu Perak yang sudahpun jemu dengan tabiat beliau.

Wednesday, July 15, 2009

TOK GURU GEMENTAR TERHADAP YAB PM, WALAUPUN PAS HANYA MENANG 65 UNDI DI MANEK URAI

OLEH : PEMIKIR - MM

Keputusan PRK DUN Manek Urai telahpun diisytiharkan oleh SPR pada malam 14 Julai 2009. Kemenangan adalah kepada Mohd. Fauzi dengan majoriti 65 undi. Keseluruhannya Tuan Aziz telah mendapat 5,283 undi dan Fauzi, 5,348 undi. 87% daripada 12,293 pengundi telah keluar mengundi. Ini merupakan satu perkara baik bagi SPR.

Kempen PRK semenjak 6 Julai 09 sehingga 13 Julai 09 berjalan dengan aman dan baik. Tetapi pada 14 Julai 09, iaitu hari mengundi, telah berlaku beberapa insiden yang tidak baik. Dilaporkan telah berlaku kecederaan 2 orang Puteri UMNO yang berada di salah satu daerah mengundi iaitu mereka cedera akibat direjam batu oleh penyokong-penyokong PAS. Tindakan liar ini, telah mencemarkan prestasi SPR dan juga mood pilihanraya di DUN Manek Urai. Perkara ini telahpun dibawa kepengetahuan pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

UMNO telah berjaya mengurangkan sokongan pengundi-pengundi menyokong PAS. PAS telah mendapat majoriti 1,352 undi dalam PRU ke-12. Kini jumlah majoriti merosot kepada 65 undi. Walaupun PAS tidak kesah dengan jumlah untuk menang, namun ia boleh ditafsirkan sebagai satu keputusan yang memeranjatkan pemimpin-pemimpin tinggi PAS. Jawatankuasa PAS Pusat pasti tidak ambil remeh apa yang berlaku di DUN Manek Urai. Mereka akan membuat penilaian untuk dikaji implikasi jangka panjang tentang masa depan PAS menjelang PRU ke-13. Tok Guru yang masih dianggap sebagai faktor membawa kemenangan PAS di Manek Urai ini, akan menganggap bahawa saham beliau dalam politik semasa masih tinggi dan sekaligus beliau relevan dalam menentukan perjalanan PAS Malaysia.

PAS perlu ingat bahawa kedudukan calon PAS dan calon BN adalah sama kuat di DUN Manek Urai. Sokongan kepada calon-calon adalah 50-50. Pengundi-pengundi luar dan pengundi-pengundi muda juga dalam situasi 50-50. Sehingga hari akhir berkempen, iaitu 13 Julai 09, calon BN merupakan favourite untuk menang. Penganalisis-penganalisis meramalkan bahawa PRK ini sengit dan mereka yakin calon BN dapat memenangi dengan majoriti 100-200 undi. Tetapi wujudnya beberapa faktor yang tersembunyi, sehingga pagi 14 Julai 09, kempen secara senyap terus berlaku dan ini menjadi faktor penentu mutakhir nasib kedua-dua calon yang bertanding. Manusia merancang rapi tetapi Allah yang menentukan. Memang calon BN sewajarnya menang tetapi ini tidak dapat dizahirkan kerana terdapat 100-150 orang yang betul-betul mahukan beliau tidak dicalonkan. Orang-orang ini mungkin terdiri daripada saudara mara sendiri dan juga penyokong-penyokong kuat beliau. Mereka ini pasti berpuas hati Tuan Aziz kalah di Manek Urai.

Pemerhati berpendapat pemimpin PAS akan menilaikan bahawa keputusan Manek Urai ini adalah tidak baik bagi PAS. Mereka akan kaji punca jumlah pengundi merosot secara drastik menyokong PAS. Sekiranya perkara ini tidak dikawal, ia boleh memudaratkan tubuh politik PAS. Mereka turut yakin bahawa antara sebab kepada penurunan majoriti ini, adalah rakyat Kelantan sudah mula sedar dan celik mata terhadap kebaikan yang mula dilihat berlaku di bawah pemerintahan YAB PM dan saf kabinetnya. Kerajaan BN sekarang ini didapati serius untuk menepati janji-janji demi mempertingkatkan lagi taraf hidup tiap rakyat termasuk di Kelantan. UMNO 2009 mempunyai misi yang lebih dinamis dan mereka yakin agenda BN disokong dengan dana dan pakej ransangan, dapat menumpu kepada kebajikan rakyat termasuklah di DUN Manek Urai. Peranan Dato' Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, turut terserlah dan rakyat didapati dapat menerima kepimpinan beliau yang mengutamakan rakyat berteraskan 1Malaysia.

Wednesday, July 1, 2009

PAS MUNGKIN BERPECAH DUA?

OLEH : PEMIKIR - MM

Krisis kepimpinan PAS diperingkat pusat dilaporkan masih belum reda. Di dalam pejabat tertinggi Tok Guru, perbincangan dan bisikan mengenai perpaduan belum lagi muktamad. Kini pemimpin-pemimpin seperti Ust Hadi kelihatan kesal dengan apa yang dilafazkan mengenai perpaduan. Beliau telah berpusing 3600 mengatakan perpaduan itu tidak boleh dilakukan. Malahan beliau menyindir bahawa UMNO jua menghadapi masalah perpaduan.

Tok Guru terus dengan lantangnya menyelar UMNO dianggap seperti organisasi-organisasi yang tidak baik. Beliau mengatakan UMNO itu komunis, Ayah Pin, Chin Peng DLL. Fenomena ini dianggap biasa bagi seorang ahli politik, tetapi perlu dilihat secara serius apabila ia dibuat oleh Tok Guru, Mursyidul Am PAS. Orang-orang Melayu menjadi lebih bingung apabila kenyataan seperti ini diluahkan tanpa asas-asas yang kukuh. Mereka mempersoalkan kewarakan dan kebijaksanaan Tok Guru baik dari segi agama dan keduniaan. Beliau seolah mempersenda-sendakan parti utama iaitu UMNO yang telah sah membawa kemakmuran Malaysia sejak 1957 lagi.

Kebingungan ini juga secara khusus telah merebak dalam tubuh parti PAS. Ahli-ahli yang berada dari Perlis hingga Johor kecewa bahawa ia memakan masa 40 tahun untuk PAS membuat tuduhan-tuduhan melulu terhadap UMNO. Sepatutnya Tok Guru sudah dapat membeza-bezakan UMNO dan komunis. Segi pokoknya, komunis itu anti Islam, atheis, pro-paksaan dan totaliterian. ciri-ciri negatif ini tidak ada pada UMNO.

Pemerhati berpendapat bahawa memang benar pucuk pimpinan PAS terutamanya Tok Guru sedang menghadapi masalah pengurusan maklumat yang boleh memakan diri. Beliau sepatutnya tidak mudah dari provokasi-provokasi akhbar-akhbar tempatan. Beliau perlu menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi supaya pengikut-pengikutnya terus berasa yakin kepada beliau. Tok Guru mempunyai pelbagai platform untuk berdepan dengan pengundi-pengundi tetapi mesti menggunakan ini dengan baik dan bijaksana. Sebagai pemerhati dari Selatan, didapati Tok Guru sudah sampai tahap mengelabah dan berperasaan tergugat atau insecurity. Jika beliau silap langkah. Ini boleh membawa kepada perpecahan Parti PAS diterajui oleh golongan ulamak dan Erdorgan. Tanda-tanda sudah jelas kelihatan membawa kepada perpecahan ini, yang sangat dikhuatiri oleh penyokong-penyokong PAS. Tok Guru perlu banyak mendengar kerana ini didapati sangat berkurangan. Ini mungkin kerana faktor umur dan juga tekanan atau stress yang melibatkan kesihatannya. Bertenanglah Tok Guru dan banyak mendengar dan beristighfar. Hormatilah UMNO dan pemimpin-pemimpin baru yang serius untuk membangunkan negara, rakyat dan Islam.

Monday, June 29, 2009

UMNO - AYAH PIN, CHIN PENG @KOMUNIS

OLEH : MELUR

Kata Tuan Guru Nik Aziz, beliau samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng sama seperti kita guna peribahasa Melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Kalau kita mengunakan akal yang waras, isu samakan UMNO dengan Ayah Pin atau Chin Peng, tidak akan diterima. Penyamaan ini, seolah-olah tiada isu lagi yang perlu diketengah demi polimik. Biasalah seorang pemimpin berusaha mencari isu agar tidak kering isu, untuk mengikat penyokong. Bagi penyokong yang sudah taksub, apapun isu yang diketengahkan pasti dianggap betul. Namun, dalam suasana sekarang ini, gunalah akal fikiran kita untuk menilai mana yang betul mana yang tidak betul. Janganlah jadi seperti “kerbau dicucuk hidung”.

Mufti Perak pun telah dicerca disebabkan menegakkan kebenaran. Berikut adalah beberapa terjemahan Al Quran dipetik dari temubual Mufti Perak.

Firman Allah dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.

"Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri."
(al-Maa'uun: 4-5)

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

"Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara".

"Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu…
(al-Maidah: 9).

Sebagai umat Islam kita sepatutnya kasihkan sesama Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘kasihkan saudara kamu sepertimana kamu kasihkan diri kamu sendiri’.

Selepas menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng, TG Nik Aziz mengajak PM berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar UMNO dan PAS...tapi bak kata Tun Mahathir, "BUANG MASA DEBAT DENGAN NIK AZIZ KERANA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH" .

MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU...

Wednesday, June 24, 2009

PAS TAKUT KEPADA PKR, DAP, AKHIRNYA MASUK DALAM PERUT SIPUT

OLEH : TINGKAT 6.COM

Tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk dalam perut siput sedut tak boleh buat apa lagi, seolah-olah orang Melayu tidak ada pendirian, 10 kali berubah dalam masa 24 jam.

Patutkah orang Melayu yang digelarkan sebagai Tok Guru yang kedua-duanya dari Pantai Timur yang memimpin sebuah parti Islam, mendakwa bahawa orang UMNO memutarbelitkan kenyataan mengenai Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh salah seorang Tok Guru dari Pantai Timur, semata-mata kerana takut kepada tekanan dari bapa penipu dan bapa penderhaka kepada Sultan. Sanggup berpatah balik ke pengakuan PKR dan DAP apabila diminta kedua-dua Penasihat, yang kedua-duanya mengikut rekod merupakan manusia-manusia yang sanggup menjual negara dengan mendedahkan segala rahsia negara kepada Presiden negara asing disebabkan hasrat dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian bilamana perbuatan yang dikutuk oleh Allah itu terbongkar, lalu diambil tindakan ke atasnya oleh pihak berkuasa.

Kedua-dua si janggut takut untuk meneruskan cadangan Kerajaan Perpaduan yang disarankan sendiri melalui kenyataan umum sebaik sahaja Muktamar ke-55 selesai diadakan.

Si janggut satu lagi pula dengan angkuh dan takburnya membuat kenyataan, kita PAS jangan jadi sampah seperti UMNO, kalau bersetuju dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang disarankan oleh seseorang, sila letak jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan sebagai Timbalan Presiden Parti dan menyertai UMNO, jangan jadi sampah dalam PAS.

Mereka berdua (yang berjanggut) tidak berada di alam nyata, mereka berada dalam perut siput tak nampak dunia, kerana dihalang oleh kulit sang binatang siput. Kalau terasa nak makan siput itu, kita kena belah/pecahkan kulit itu, kerana tak boleh nak sedut, seperti siput panjang yang wujud di Sabah. Siput yang wujud di Sabah itu boleh disedut, ditarik melalui ekor, sedap isinya tak payah dipecahkan kulitnya.

Begitulah ibarat dua orang itu, si janggut rasanya cerdik dan pandai tetapi tak boleh buat kira, tak boleh nak ajak berbincang kerana fikirannya berada dalam kotak yang kecil seperti dalam kulit siput.

Kedua-dua si janggut itu sanggup berkawan dengan si kafir dan si pengkhianat bangsa dari berkawan dengan orang Melayu yang sudah tentu ada kepentingan bersama dari sudut agama, bangsa dan negara. Manusia yang berjanggut ini bukannya orang politik, cuma meniru seterusnya berlakun seperti orang politik.

Kalau benar-benar orang politik idea yang dikeluarkan oleh si janggut yang gemuk untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan itu patut disokong kerana ianya untuk perpaduan orang Melayu tetapi si janggut kurus menentang kerana merasakan kedudukkan beliau (si kurus) tidak mendapat tempat dalam Kerajaan Perpaduan jika berjaya direalisasikan. Si kurus manusia yang paling sombong, angkoh dan hipokrit, tak sedar diri, hidup senang lenang hasil perjuangan UMNO, bukan PAS yang memperjuangkan sehingga dapat nikmat melimpah ruah.

Perjuangan mereka berdua untuk kepentingan diri bukan untuk agama dan bangsa. Pakatan antara PAS, PKR dan DAP bukannya bertulis seperti yang dibuat/dilakukan oleh BN. BN berpakat dengan cara parti-parti dalam bertulis. BN berhak mendapat mengikut perjanjian bertulis tetapi PKR, DAP dan PAS berjanji melalui air liur sahaja. Kering air liur maka hilanglah pakatan mereka.

Mengapa perjanjian antara PAS, PKR dan DAP tidak bertulis? kerana masing-masing ada udang di sebalik mee, masing-masing ingin menjadi ketua, ada niat ingin menjadikan rakan dalam pakatan sebagai kuda tungganggan mereka. Masing-masing ada niat buruk terhadap kawasan mereka.

Pakatan mereka tak kemana, akan hancur bila salah satu daripada kumpulan mereka dapat bertapak. Parti yang paling awal akan hancur ialah PAS kerana para pemimpinnya berfikiran sempit dan jumud masih berfikiran dalam kotak, sedangkan rakan mereka sudah lama berfikiran di luar kotak terutamanya pimpinan DAP.

Justeru akhirnya orang Melayu di bawah pimpinan PAS akan kehilangan segala-galanya, percayalah orang Melayu yang memimpin parti PAS akan menjadi sampah dan menjadi alat kepada DAP dan PKR. Percayalah mereka (PAS) tidak mampu berdiri tanpa DAP dan PKR. Saya cukup yakin bahawa orang-orang PAS hanya pandai melaung, berdemontrasi dan minta derma dengan menadah ketayap di tempt-tempat ceramah, orang-orang PAS mampu berteori, tetapi tidak mampu praktikal, tengoklah di Kelantan, PAS di bawah pimpinan si janggut? Rampas tanah rakyat dengan bayaran yang murah, diserahkan kepada bukan Melayu membangun kawasan berkenaan seperti yang berlaku di Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang. Selepas rampas, diadakan ceramah dan minta rakyat menderma dalam bentuk kekal seperti jual tanah dengan harga murah demi untuk akhirat. Inilah kerja orang PAS sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

TOK GURU MENGHADAPI KRISIS KEYAKINAN DIRI. BELIAU ADALAH BONEKA...

OLEH : PEMIKIR - MM

Sejak kebelakangan ini, isu PERPADUAN menjadi tajuk-tajuk utama di dada-dada akhbar dan juga berita-berita di televisyen tempatan. Rata-rata majoriti rakyat terutamanya orang-orang Melayu didapati berminat mengenai tajuk ini. Mereka menaruh harapan bahawa perpaduan yang dicetuskan Pemimpin PAS terutamanya YB Hj. Hadi Awang sedikit sebanyak, dapat direalisasikan. Hanya dengan cara ini orang-orang Melayu tidak kira parti dapat bersatu demi kebaikan Malaysia Majmuk dan seterusnya melonjakkan ekonomi dan kebajikan semua lapisan masyarakat berteraskan satu Malaysia.

Walaupun wujud perbezaan pendirian dan pendapat dalam parti PAS mengenai perpaduan yang dimaksudkan oleh ustaz Hadi, ini adalah satu perkara biasa sebelum idea ini dapat dimantapkan. Tok guru pada awalnya menolak cadangan Ustaz Hadi dan juga Timb. Presidennya, Ustaz Nasaruddin kononnya mereka ini adalah boneka UMNO. Tok Guru mengingatkan ahli-ahli PAS tentang apa yang berlaku 40 tahun dahulu kepada PAS yang masuk UMNO. Tetapi Tok Guru tukar haluan apabila menyokong konsep perpaduan dengan bersyarat.

Parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR menangguk di air yang keruh. Mereka tidak setuju dengan tindakan PAS yang dibuat secara uniliteral dengan UMNO. Sepatutnya PAS sebagai komponen PR perlu berbincang terlebih dahulu dengan DSAI, Ketua PR. Sejak 2 hari yang lepas, telah berlaku perbincangan di mana Ustaz Hadi turut hadir. Mesyuarat sebulat suara menolak Kerajaan Perpaduan.

Pemerhati berpendapat bahawa proses ini adalah biasa dan perlu dihadapi. Kini Tok Guru sedang menghadapi krisis keyakinan diri dan juga hakisan pengaruh dikalangan pengikut-pengikut PAS. Sebagai Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin PAS kelihatan kurang menghormati pandangan dan pendirian beliau. Tok Guru juga didapati tidak tegas dan sentiasa berdolak-dalih terutamanya dalam masa-masa kritikal ini. Akibat daripada keputusan PR menolak perpaduan, Tok Guru mempunyai perasaan suka dan duka. Suka kerana beliau memerlukan sokongan DAP dan PKR untuk membantutkan perpaduan dan ini sekaligus menunjukkan bahawa PAS telah menjadi alat DSAI, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Duka kerana saham beliau sebagai Mursyidul sudah menurun. Adalah elok Tok Guru merenungkan sedalam-dalamnya diri beliau kerana adalah satu kerugian pada PAS jika ia terus menaruh harapan kepada parti yang materealistik dan terlalu sekular seperti DAP dan PKR.

Thursday, June 4, 2009

MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

SUMBER : TINGKAT 6.COM


Kebelakangan ini PAS makin ghairah menggunakan masjid dan mimbar untuk menyebarkan dakyah dan ideologi sempit mereka semata-mata untuk kepentingan politik. Hal ini amat jelas dan amat ketara bila mana kita solat di masjid-masjid di negeri-negeri di perintah oleh PAS dan PKR, yang peliknya para imam/khatib di hari jumaat mengambil kesempatan melalui Khutbah Jumaat mereka untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kepada pihak lawan iaitu kerajaan BN kononnya tidak Islamik, tidak adil , zalim , rasuah dan banyak lagi, sedangkan Khutbah Jumaat merupakan rukun-rukun iaitu merupakan perkara yang patut diutamakan ianya perlu diisi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh menyedarkan ahli jumaat yang hadir, bukannya di isi dengan maki-hamun kepada mereka yang dianggap musuh. Apakah para khatib tidak sedar hal ini? atau tak tahu hukum hakam, kalau begitu belajarlah jangan pandai baca khutbah semata-mata yang peliknya pemimpin PAS, PKR turut menyokong perbuatan jahiliah moden itu.

Kemuliaan Islam, agama dan institusi masjid tidak dipedulikan lagi oleh pimpinan parti Islam itu sendiri. Mereka yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat yang merupakan fardu ain kepada setiap mukalaf, jika isi kandungan Khutbah Jumaat pada hari itu tidak diisi dengan nasihat bagi menyedarkan yang hadir jumaat pada hari itu, apa jadi dengan jumaatnya? lebih-lebihlagi yang hadir jumaat pada hari itu terdiri dari pelbagai latar belakang fahaman politik, justeru mungkin boleh membawa kepada kebencian, kegelisahan yang akhirnya memecah belahkan masyarakat setempat.

YAB Dato’ Nik Aziz sendiri yang menyokong para imam yang menggunakan mimbar masjid untuk berkempen bagi menyedarkan yang hadir bahawa betapa pentingnya mereka menyokong perjuangan PAS dalam mana-mana pilihanraya yang diadakan demi tanggungjawab terhadap agama. Seruan seperti sudah bertentangan dengan asas agama Islam itu sendiri. Nik Aziz sudah menggunakan nama beliau sebagai Pak Guru untuk mengelirukan masyarakat dengan pentafsiran dengan Islam.

Pimpinan PAS patut sedar masjid merupakan rumah Allah, melalui masjid-masjid dapat menyatupadukan masyarakat bukannya memecah belahkan masyarakat. Pimpinan PAS bercakap untuk menegakkan Islam tetapi pendekatan untuk mencapai matlamat tidak cara Islam cara kafir......

Wednesday, May 27, 2009

HUSAM MUSA MOGOK LAPAR

SUMBER : TINGKAT 6.COM


Perkataan mogok lapar yang diwarwarkan oleh pihak yang berputus asa/keciwa dalam perjuangan politik mereka menghasut para penyokong di seluruh Perak supaya menyokong saranan mereka. Perkara ini amat bertentangan dengan pegangan agama Islam dan pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wall Jamaah yang menjadi amalan kepada seluruh umat warganegara kita Malaysia.

2. Perbuatan mogok lapar bertentangan dengan agama Islam yang menjadi anutan majoriti warganegara kita, ianya boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri dan kandungan jika si perempuan sedang mengandung.

3. Perbuatan ini mungkin boleh membawa kematian jika perbuatan seperti itu berlarutan, dalam Islam di larang dengan sekeras-kerasnya membunuh diri dengan apa cara sekalipun Firman Allah bermaksud “Jangan Sekali-kali Kamu Mencampak Diri Kamu Dalam Kebinasaan” surah Al-Baqarah ayat 195.

4. Perbuatan mogok lapar selain bertentangan dengan ajaran agama, ianya juga bertentangan dengan peraturan/undang-undang negara, kerana ianya diaju oleh mereka yang putus asa dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar di mana Sultan Perak membuat keputusan setelah semakan dibuat dari segi peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, juga selepas memanggil semua 3 orang DUN yang keluar Parti Pakatan dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas. Setelah itu ke Bawah Duli Paduka Raja Perak berpuas hati lalu menggunakan budi bicara berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh untuk membubar Dewan justeru YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak.

5. Perbuatan mogok lapar menjelaskan kepada semua warganegara bahawa pimpinan PKR di Perak menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan semata-mata kerana tidak memihak kepada mereka. Paling mengeciwakan saranan ini diketuai oleh Islam yang seolah-olah tidak memahami ajaran Islam atau mereka memahami tetapi nafsu yang jihad (amarah) mengatasi yang baik (mahmudah) dalam jiwa mereka.

6. Mereka PKR sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat perjuangan perkara yang bertentangan agama baik bagi mereka, lalu mendesak rakyat supaya mengikut kehendak mereka. Para penyokong PKR janganlah menjual pegangan Aqidah semata-mata kerana nafsu. Justeru itu umat Islam dilarang sekeras-kerasnya melibatkan diri dalam mogok lapar anjuran PKR Perak.

7. Dalam hal ini, calon Timbalan Presiden PAS menyokong tindakan itu, beliau menyatakan perbuatan mogok lapar sama dengan berpuasa, orang Islam dituntut supaya berpuasa. Pandangan Husam Musa dalam hal ini amat cetik kerana menyamakan mogok lapar berpuasa yang difardukan dalam agama kerana puasa di wajib, di wahyu oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhamad s.a.w. sedangkan mogok lapar dicucuk oleh syaitan ataupun berpandukan kepada cetusan bapa iblis yang di laanat oleh Allah s.w.t.

8. Husam Musa tak boleh jadi Timbalan Presiden PAS kerana PAS dikatakan memperjuangakn Islam. Inikah orang yang akan memperjuangkan Islam? Inikah orang yang akan dipilih untuk mewakili hasrat mereka untuk menegakkan negara Islam di Malaysia. Husam selaku orang Islam, yang ingin menegakkan perjuangan Islam sepatut peka dan sensitif mengenai perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Islam dan Aqidah. Mogok lapar amalan dulu agama Buddha sejak turun temurun, kini bakal Timbalan Presiden PAS pula menyokong mogok lapar orang-orang PAS dari atas sampai ke bawah jika ada kepentingan diri dan parti tak ada yang tak boleh langgar, keputusan mahkamah, kenyataan mufti-mufti mengenai Hudud, Penguatkuasaan Polis tentang undang-undang seperti jenayah kola putih, perdagangan dan ISA semua tidak di indah belaka. Inilah tabiat jahiliah moden hari ini, semuanya ok kalau untuk diri.

Wednesday, May 20, 2009

FEQAH POLITIK

TINGKAT 6.COM


Hj. Hadi Awang mendakwa musuh PAS telah berjaya mengkuburkan feqah politik PAS sejak beberapa tahun dulu, kini PAS berjaya menghidupkan semula feqah politik, kenyataan ini dibuat dalam ceramah di Hulu Terengganu.

2. Selaku warganegara, saya tidak pernah mendengar feqah politik ini ditimbulkan sebelum ini, satu demi satu ciptaan Hadi dikeluarkan bagi menarik perhatian rakyat bagi tujuan mendapat sokongan semata-mata, tak lebih dari itu, ini kerana hampir menjelang Muktamar, maka berfikirlah Hadi apa lagi slogan yang boleh meraih simpati para perwakilan ke Muktamar dan rakyat keseluruhannya.

3. Hadi lebih kurang Anwar Ibrahim ada saja idea tetapi semua tidak menjadi kenyataan. Hadi boleh berkawan dengan Anwar, Lim dan Karpal untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan dalam pakatan untuk menentang kerajaan BN.

4. Semasa menjadi Ketua Dewan Ulama menyatakan kami tidak menentang UMNO kerana dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana dia BN, kita menentang BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

5. Katanya lagi perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan dengan puak-puak ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

6. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu tetapi kita menjadi kafir dengan menyatakan politik suku agama suku.

7. Bagi Hadi, feqah politik dia boleh berubah, boleh bertukar mengikut keperluan semasa, inilah feqah politik Hadi .....

8. Bila memerintah Terengganu, beliau menyatakan bahawa PAS mendirikan kerajaan, kebajikan untuk semua bangsa tanpa mengira kedudukkan dan warna kulit, tetapi kesudahannya tidak ada apa pun yang Hadi boleh buat, hanya slogan semata-mata, tidak lebih dari itu.

9. Selain itu, 2003 kita dikejutkan dengan negara Islam dan perlaksanaan hukum ”Hudud” dan ”Syariah” tetapi akhirnya fiqrah Hadi mengenai ”Hudud Syariah” tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh DAP, rakan dalam BA ketika itu. Jadi hukum Hadi boleh berubah-ubah mengikut selera pakatan, akhirnya pengikut/penyokong PAS tertipu dengan slogan-slogan janji-jani seperti ini?

10. Sanggupkah orang-orang PAS bersubahat dengan pimpinan yang menggunakan slogan-slogan seperti ini? sanggup mempermain-mainkan hukum Islam menuduh orang lain tidak Islam, menuduh orang lain kafir.

11. Hukum kaedah-kaedah feqah dibawa bila ada pilihanraya atau pun Muktamar. Mempermainkan hukum Allah semata-mata untuk mencari kedudukkan dalam politik.

13. Tidakkah anda masih ingat fatwa–fatwa yang dibuat oleh Hadi Awang iaitu:-

(a) Tidak sah solat di belakang imam orang BN.
(b) Haram makan sembelihan orang-orang BN.
(c) Terfasakh nikah yang dibuat oleh orang BN.
(d) Tidak boleh mayat orang BN di tanam di perkuburan orang Islam.
(e) Orang-orang BN yang mati tidak boleh di sembahyang ke atasnya.
(f) Orang BN tidak payah solat, puasa, naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan.

ucapan Hadi Awang kepada para penyokong PAS dengan jelas menghukum kepada warganegara yang tidak menyertai PAS. Semuanya ini karut semata-mata, hasilnya perpecahan, perceraian dan segala-galanya. Justeru, Ibrahim Libya sanggup menghasut para pengikutnya menentang pemerintahan (peristiwa Menali di Kedah).

14. Feqah politik yang baru diperkenalkan ini sekali lagi boleh mengundang perpecahan di kalangan masyarakat terutama dikalangan umat Islam, inilah jenis Tok Guru yang disokong oleh ratusan ribu umat Islam dalam negara hari ini, pada kita ini bukan perjuangan untuk menegakkan Islam, perjuangan untuk pangkat, politik dan perut.

15. Feqah politik dulu tak boleh bergaul, bermusyawarah dan duduk semeja dengan orang-orang bukan Islam jadi kafir, kini feqah politik baru ini boleh duduk berbincang bermusyawarah dengan DAP tak jadi kafir pula disebabkan keperluan, jadi hukum feqah ”Hadi” boleh berubah-ubah, kalau kita mahu semuanya halal, kalau tidak ada kepentingan kita hukumnya haram.

16. Setiap kali ada kepentingan istilah feqah diubah-ubah supaya apa yang mereka lakukan halal di sisi mereka bukannya di sisi agama. Boleh bermusyawarah dengan DAP atas dasar tahaluf iaitu untuk menentang siapa sahaja yang bersekongkol UMNO/BN kononnya melakukan kezaliman, menguatkuasakan undang-undang, membangunkan negara, memulihkan ekonomi, memberi pelajaran dan lain-lain tanpa mengira kedudukkan fahaman politik dan agama semua zalim. Sebaliknya mereka bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam kerana ingin menegakkan perjuangan parti dan kepentingan politik halal pula.

17. Inilah sifat PAS, tak habis-habis menipu rakyat. Apa saja untuk kebaikan parti mereka boleh.

18. Politik wang kini berlaku dalam PAS, ini diakui sendiri oleh Pengerusi Dewan Ulama PAS, tetapi yang lain termasuk Mursyidul Am menolak, tak mungkin perkara itu berlaku dalam PAS, persoalannya kenapa? Orang-orang PAS itu bukankah manusia? Mengaku bersih, tetapi perbuatan sejak dulu PAS menggunakan Islam untuk kepentingan politik, semata-mata. Kini seluruh kepimpinan marah dengan kenyataan ”Ustaz Daud Iraqi” kerana mendedahkan politik wang berlaku dalam PAS yang jelas pimpinan PAS dan para penyokong bukan malaikat.

Monday, May 11, 2009

PERSEPSI SALAH PAS BAWA PADAH KEPADA AGAMA DAN NEGARA

OLEH : PEMIKIR - MT


Bukan perkara pelik lagi apabila akhbar harian HARAKAH yang menjadi milik PAS terus menerus memainkan jarum halus melalui lidah pengarang yang sengaja membuta mata dan memekak telinga untuk mengadu domba, pimpinan UMNO di semua peringkat, khususnya mengenai peralihan kuasa dari Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abd. Razak yang kini memerlukan sokongan rakyat bagi menjayakan konsep ”Satu Malaysia” yang umumnya mengetahui konsep itu bertujuan untuk kebaikan kepada semua rakyat tanpa melihat kepada asal-usul, bangsa, kaum dan etnik.

2. Di zaman media baru, seperti laman web dan blog menjadi fenomena, maka segala idea pandangan dan informasi amat mudah dikongsi oleh masyarakat dalam jangka waktu yang paling singkat, lebih-lebih lagi internet berjaya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggugat kedudukan UMNO.

3. Zaman kepaduan, kesetiaan kepada ulama sejak 59 tahun lebih mula terhakis, bila ada bibit ketidakpuasan hati yang cuba ditunjukkan oleh pimpinan muda, yang merasakan diri mereka tersisih dari kepimpinan, justeru itulah kini, mula angin ribut, bertiup kencang sehingga ke akar umbi memecah kesepaduan dan kesetiaan para ahli selama ini kepada pucuk pimpinan ulama, ini berlaku disebabkan puak ulama yang memegang teraju kepimpinan tidak dapat berbuat apa-apa selain melibarkan cogankata khususnya bila menjelang satu-satu pilihanraya, sama ada pilihanraya peringkat DUN ataupun Parlimen, cogan kata yang di wawarkan ialah:-

a) Membangun bersama Islam apa yang dibangunkannya? Masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan 15 tahun di perintah oleh PAS.

b) Negara kebajikan, apa jenis kebajikan yang diberikan kepada rakyat di Kelantan, Perak yang di perintah sepenuhnya oleh PAS, hanya omong kosong sahaja, segala-galanya menipu rakyat, tak lebih dari itu.

c) Negara Islam, apa yang dibuat untuk Islam? yang ada mulut bercakap melalui ceramah-ceramah kuliah, usrah-usrah yang untuk mengaburi mata rakyat.

4. Inilah yang dimainkan oleh pembangkang, justeru itulah Muktamar tahun ini agak luar biasa, kerana walaupun Muktamar masih jauh namun api perubahan sudah bertiub kencang di peringkat atas, iaitu peringkat kepimpinan, ini kerana dirasakan perlu oleh kumpulan yang radikal dalam PAS. Mereka mahu mencabar golongan yang bergelar ulama. Saya rasakan amat baik, kerana golongan profesional sudah bersedia untuk mengambil alih pimpinan di semua peringkat iaitu di peringkat Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden.

5. Golongan ulama pula resah gelisah panas seperti cacing di bawah matahari, dengan pelbagai-bagai alasan dikeluarkan bagi menguatkan kedudukan mereka.

6. Rakyat yang celik mata, berfikiran waras sudah muak dengan PAS, kemenangan PAS 1999 disebabkan pengundi yang kononnya terpengaruh dengan isu Anwar yang dipecat dari UMNO, kononnya Anwar dizalimi, cerita itu diwawar-wawarkan, tetapi kini mereka sudah kenal siapa Anwar sebenarnya.

7. Kini Anwar menggunakan PAS dan DAP untuk kepentingan peribadi tak lebih dari itu. Ini jelas kumpulan yang pro Anwar yang ada dalam PAS mula menggugat pimpinan ulama, ini semua dirancang oleh Anwar.

8. Muktamar Jun ini titik bermulanya perpecahan dalam PAS, apa tidak bila Husam Musa selaku Naib Presiden dengan terang-terangan akan mencabar Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden. Begitu juga dengan lain-lain ramai yang berangan-angan untuk merebut jawatan tertinggi, mungkin jawatan Presiden juga akan dicabar.

9. Diingatkan tak elok pemimpin-pemimpin parti Islam berebut-rebut jawatan sepeti ini, dulu mengatakan orang-orang UMNO tamok kuasa, berbalah kerana kuasa ini pimpinan PAS pula berbuat demikian.

10. Kini sudah ramai dikalangan pengundi muda yang mula sedar bahawa pimpinann PAS bersandiwara sama dengan pimpinan-pimpinan PKR bersandiwara, bukannya nak berkhidmat untuk rakyat. Sebaliknya untuk kedudukan sanggup mohon derhaka, kepada sultan, sanggup tidur di tengah jalan, sanggup melanggar undang-undang, sanggup memakai baju hitam, semuanya ini kerana ”pangkat, poket dan perut” tidak lebih dari itu.

11. Rakyat sudah lemas dengan budaya samseng, budaya mengkritik ini. Cukuplah membuang masa tenaga malah wang ringgit mengikut rentak gendang yang dipalukan oleh mereka yang kecewa. Marilah kita betulkan suasana yang penuh dengan persepsi negatif terhadap kerajaan BN. BN memberi kemudahan kepada kita pelajar dapat belajar dan mendapat biasiswa, yang memegang ijazah mendapat pekerjaan yang baik. Justeru sedarlah, tinggallah perjuangan yang sia-sia itu. Berjuanglah untuk rakyat, agama dan bangsa.


MT
TINGKAT 6.COM
11 MEI 2009

Thursday, May 7, 2009

KEPIMPINAN PAS MENJELANG MUKTAMAR AGUNG

OLEH : PEMIKIR - MT

Kalangan ahli PAS di semua peringkat kali ini sudah berkira-kira serta memikirkan hala tuju parti yang mereka dukung selama ini. Dalam Muktamar Agung nanti mereka boleh menentukan apa yang mereka kehendaki. Justeru, jika semua ahli ingin melihat parti mereka kuat, mereka kena melakukan perubahan dari segi pimpinan PAS itu sendiri supaya PAS tidak menjadi kuda tungganggan kepada Anwar Ibrahim.

2. Kini dilihat seolah-olah PAS mengikut rentak gendang PKR dan DAP, kewibawaan PAS jelas dapat dilihat serta disegani di zaman Allahyarham Dato’ Mohamad Asri Muda, sedangkan tidak digelar atau mengelarkan dirinya ulama. Mengapa ini boleh berlaku? Apakah pimpinan muda dalam PAS hari ini tidak mampu merealisasikan impian mereka? Apakah golongan profesional dalam PAS hari ini takut untuk menyuarakan padangan mereka setiap kali mesyuarat AJK Pusat diadakan? Atau golongan cendekiawan dalam PAS hari ini sudah selesa dengan jawatan-jawatan yang mereka sandang.

3. Muktamar Agung PAS kali ini diharap dapat membuahkan satu keputusan yang baik terutamanya dari sudut memilih pucuk pimpinan PAS, iaitu samada golongan
yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama dikekalkan atau sebaliknya.

4. Golongan cendekiawan sepatutnya sedar bahawa mereka disisihkan dari kepimpinan dengan melabelkan golongan itu tidak ulama selain itu puak-puak berjubah menganggapkan PAS itu Islam dan Islam itu PAS, dua perkara yang tak boleh dipisahkan sedangkan yang sebenarnya PAS itu parti dan Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk dijadikan panduan hidup bagi memperolehi kebahagiaan di dunia dan kebahgiaan akhirat.

5. Sedangkan PAS parti politik yang ditubuhkan setelah tidak berpuas hati dengan parti UMNO. PAS bukannya Islam sepertimana yang didakwa oleh setengah pihak, PAS hanya memperalatkan Islam bagi tujuan mengaburi mata rakyat bawahan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

6. Golongan akademik yang ada dalam PAS bertanggungjawab untuk mengubah persepsi ahli-ahli dan para penyokong PAS yang merasakan golongan ulama sahaja yang berhak menjawat jawatan Presiden adalah tanggapan yang salah sebenarnya siapa sahaja boleh menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS, asalkan mereka menjadi ahli dan layak menawarkan diri supaya di calon untuk semua jawatan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Selama ini mereka dikelirukan oleh golongan yang mengelarkan diri mereka ulama sahaja berhak dan layak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS pendek kata golongan yang tidak berjubah ditipu hidup-hidup golongan yang memakai jubah.

7. Golongan cendekiawan yang tidak berjubah dianggap sebagai golongan radikal dalam PAS. Seharusnya mereka membaca perlembagaan PAS, khususnya atikel 6 dengan jelas menyatakan siapa sahaja boleh memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden asalkan mereka dicalon dan dipilih oleh perwakilan dalam muktamar yang diadakan.

8. Allahyarham Dato’ Mohamad Asri Muda telah memimpin PAS sekian lama, kewibawaannya tidak siapa pun dikalangan ahli-ahli PAS dapat menafikan kemampuan serta kebolehannya, justeru akhirnya bergabung dengan BN. Beliau tidak pernah mengelarkan dirinya sebagai tok guru, ulama atau ustaz.

9. Allahyarham Zulkifli Mohamad pernah menjadi Presiden PAS sekian lama, kebolehan memimpin tidak siapa pun yang
menafikan kejayaannya. Di zaman beliau PAS begitu mantap dan kuat, beliau juga tidak pernah mengelar diri beliau sebagai tok guru atau ulama. Begitu juga Allahyarham Dr. Borhanuddin pernah menjawat jawatan yang serupa namun tidak pernah terkeluar dari mulut beliau mengelarkan dirinya sendiri sebagai ulama.

10. Justeru puak-puak yang berjubah dalam PAS ini jangan menganggap jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu hak puak-puak pakai jubah. Jubah pakaian orang arab, bukannya pakaian orang melayu. Bila pakai jubah terus jadi ulama, kalau begitu penyangak pun boleh jadi ulama bila berjubah.

11. Ulama boleh definasikan dengan orang yang arif dalam satu-satu bidang ilmu atau pakar dalam satu bidang boleh digelarkan dengan alim, bukannya diri sendiri mengelarkan ulama. Apa lagi jika pergi meminta-minta istana mengazetkan sebagai tok guru dan meminta dengan istana mengiystiharkan pula dengan gelaran tok guru , lagi dahsyat.

12. Golongan akademik yang tidak berjubah saperti Dr. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor), Husam Musa (Naib Presiden), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan), Dr. Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamad Awang dan lain tokoh dalam PAS yang tidak bergelar ulama semuanya layak menduduki kerusi Presiden dan Timbalan Presiden. Orang-orang inilah yang layak dipilih kerana pandai menilai ini dunia dan itu akhirat. Kedua-duanya perlu berusaha, dan jangan mudah membuat sebarang keputusan.

13. Jika ini berlaku, berfikirlah dengan waras nasib bangsa sendiri, cukuplah berpura-pura memperjuangkan Islam melalui PAS, jika betul-betul ingin berjuang untuk Islam dan rakyat maka bergabunglah dengan BN atas nama Melayu, bangsa dan agama. Berjuanglah bersama-sama dengan UMNO demi melihat perpaduan dan keharmonian hidup bangsa Melayu, bersatulah demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

14. Bersatulah dalam satu saf untuk mencapai misi, visi kita iaitu menjadi negara maju tahun 2020.


MT
TINGKAT 6.COM
07 MEI 2009

Tuesday, May 5, 2009

PAS TETAP DITERAJU ULAMAK...

OLEH : MT PEMIKIR

PAS kini dilanda krisis kepimpinan ulama melalui Mursyidul Am YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan sebahagian rakan-rakan dalam ulama. Namun ianya ditentang habis-habisan oleh kumpulan yang agak radikal yang terdiri dari golongan profesional khasnya kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan Endorgan yang menyokong Penasihat PKR (pelakon utama) dalam PKR.

2. Pada YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Presiden dan Timbalan Presiden PAS mestilah terdiri dari kalangan mereka yagn beriman dan bertaqwa kepada Allah (lihat Utusan selasa 15 Mei 2009 muka depan). Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Mursyidul Am, ini bererti yang tidak dikenali dengan panggilan ulama bermakna tidak beriman dan seterusnya tidak bertaqwa kepada Allah.

3. YAB Nik Aziz Nik Mat tidak mengiktiraf mereka yang tidak bergelar ulama contoh golongan profesional, pra akademik, pada beliau jawatan nombor satu dan nombor dua seolah-olah menjadi hak milik mereka yang bergelar ulama.

4. Pandangan ini ditentang oleh Ketua Dewan Ulama Ustaz Mohamad Awang dan sebahagian rakan-rakan dalam Dewan Ulama, golongan yang tidak berpendidikan agama yang berada dalam PAS tidak ada ruang lagi mereka untuk bertanding sebagai Presiden dan Timbalan Presiden walau memiliki sebanyak mana ijazah sekali pun. Lebih-lebih lagi mereka yang telah dikenal pasti penyokong kuat kepada DSAI seperti Kamaruddin Jaafar, Mat Sabu, Husan Musa, Hasan Ali, Salahuddin Ayub dan lain-lain pemimpin yang tidak berjubah.

5. Golongan muda dan profesional menganggap PAS kini di bawah pimpinan ulama sudah tidak ketahuan dan tidak jelas hala tujunya, kerana semakin hari semakin tunduk kepada PKR dan DAP, justeru itulah, golongan muda dan profesional melihat ada ruang untuk mengalih dan mendaki tangga kepimpinan dalam PAS untuk mengelak dari menjadi hamba abdi DAP dan PKR yang mempunyai cita-cita tersendiri.

6. Sayangnya PAS kini telah menjual roh agama Islam yang menjadi simbol perjuangan sejak dulu kepada Anwar Ibrahim yang menjual roh perjuangan orang Melayu dan agama Islam semata-mata untuk kepentingan diri.

7. PAS kini sudah tunduk dan patuh kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Apakah pemimpin akademik lebih-lebih lagi golongan muda bahawa perjuangan mereka untuk agama dan akhirat sudah tercapai? hanya dengan ketrampilan berjubah putih, hijau, hitam dan lain-lain warna? atau dengan menubuhkan kerajaan pimpinan ulama yang tidak tahu tentang pengurusan? seperti yang telah wujud di Kelantan dan Perak kini.

8. Golongan akademik dalam PAS telah memberi amaran kepada pimpinan ulama melalui muktamar tahun lepas, bahawa PAS akan hancur jika hanya mementingkan akhirat semata-mata kerana Allah menggalakkan umat mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat serentak.

9. Cukuplah kita golongan akademik tertipu dengan golongan yang bergelar ulama, kita mesti melakukan perubahan dan terus kita menyokong Presiden untuk mewujudkan kerajaaan campuran dengan UMNO kerana dengan cara UMNO sajalah kita dapat perjuangkan agenda
Untuk orang-orang Melayu, agama dan bangsa, tanpa UMNO maka perjuangan kita tidak kemana-mana hanya syok sendiri sahaja, yang kita boleh buat mengkritik pimpinan UMNO sahaja yang rugi bangsa dan agama kita sendiri

Awas Ulamak!!!.... ulamak seperti ini akan merugikan anak bangsa sendiri.


MT
TINGKAT 6. COM
05 MEI 2009

TAWARAN PAS CUMA ISLAM, RAKYAT KIAN SEDAR...

OLEH : MT, PEMIKIR


PAS dalam lidah rasminya Harakah menyatakan “Tawaran PAS Cuma Islam, Rakyat Kian Sedar”.........

2. Saya rasa amat pelik, PAS menawarkan Islam kepada rakyat. Saya nak tanya selama ini rakyat tidak boleh melakukan/mengamalkan Islamkah di negara ini?

3. Apakah Islam ini boleh dijual beli @ ditawar? Islam tidak boleh dijual beli kerana ianya merupakan hidayah Allah kepada manusia. Sesiapa yagn tidak mendapat hidayah Allah dia tidak akan memeluk Islam.

4. Tawar-menawar merupakan barangan, Islam bukannya barangan boleh dijual beli, diwarisi. Sejarah Islam telah membuktikan kepada kita iaitu Abu Jahal dan Abu Lahab merupakan bapa saudara kepada baginda Rasulullah SAW, tetapi tidak menerima Islam sebagai agama kerana tidak mendapat hidayah Allah.

5. PAS memang bersandiwara. Selain itu kenyataan Dr. Lo’Lo, AJK PAS Pusat yang mangatakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak berhubung tranformasinya dalam kerajaan, dianggap sebagai gimik dan retorik semata-mata.

6. AJK PAS itu menang bukan orang politik cuma berlakon dalam politik. Pada saya beliau dengan sendirinya tidak memahami apa yang diungkapkan, malah beliau dengan angkuh menyatakan cukup yakin kepimpinan ulama dalam PAS yang ada sekarang. Saya ingin bertanyakan apa yang PAS buat selama 25 tahun memimpin PAS? ini yang sebenarnya retorik tidak ada apa yang PAS boleh buat hanya melaungkan cogan kata sahaja. Membangun bersama Islam, negara Islam, negara kebajikan, ini semua cogan kata untuk mempengaruhi pengundi tidak lebih dari itu.

7. Dulu, jika bekerjasama dengan orang bukan Islam, maka hukumnya.............. kini sudah boleh bekerjasama, dulu tidak boleh menggunakan masjid yang dibina oleh orang UMNO kini boleh. Inilah yang diyakini oleh Lo’ Lo AJK PAS Pusat. Teorinya positif dan tindakannya negatif (cakap tak serupa bikin).

MT
TINGKAT 6.COM
05 MEI 2009

Sunday, August 17, 2008

PEMIMPIN UTAMA PAS BERBEZA PENDAPAT

gambar: pewarismelayu

‘RETAK MENANTI BELAH’

Dalam muktamar Pemuda PAS yang berlangsung pada 13 Ogos 2008 lalu di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, timbul beberapa usul daripada para perwakilan yang menjelaskan bahawa wujud penentangan terhadap;

(i) Pucuk pimpinan PAS;
(ii) Mursyidul Am PAS.

(i)Penentangan Terhadap Pucuk Pimpinan

1) Wujud golongan yang pro- Anwar dikenali sebagai ‘Androgen’ sebagai penentang kepimpinan Hj. Hadi.

2) Golongan ini dengan kerap menentang cadangan muzakarah dengan UMNO yang dicadangkan Hj. Hadi manakala Majlis Syura tetap mempertahankan cadangan Presiden PAS tersebut.

3) Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju bermuzakarah dengan UMNO kerana bagi beliau ia tidak boleh menyelesaikan masalah.

4) Pandangan Nik Aziz ditolak bulat-bulat oleh Majlis Syura. Jelas bahawa pandangan Nik Aziz tidak dihormati, didengar dan diterima pakai oleh Majlis Syura dan golongan muda yang pro- Anwar.

5) Ketika ucapan dasar Presiden PAS, Hj. Hadi masih mempertahankan betapa perlunya muzakarah di teruskan walau apa pun yang terjadi. Ucapan Hj. Hadi itu telah dipulau oleh pemimpin muda pro- Anwar. Ini terbukti apabila puak Anwar tidak hadir pada ucapan dasar Presiden.

6) Di antara pemimpin pro-Anwar yang tidak hadir pada ucapan dasar presiden ialah:

1. Ustaz Nasaruddin Mat Isa
2. Datuk Husam Musa
3. Dr. Hatta Ramli
4. Dr. Lo Lo’
5. Dr. Zulkifli Ahmad

(ii) Suara Musryidul Am PAS tidak didengari dan dihormati

1) Suara Nik Aziz telah ditolak bulat-bulat oleh Majlis Syura dan ini jelas kepada kita bahawa segala pandangan dan hujah Nik Aziz tidak relevan ke arah mencari penyelesaian politik orang Melayu.

2) Dalam hal ini nampaknya peranan Haron Din mengetepikan peranan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS dan seolah-olah dirinya selaku Timbalan Mursyidul Am PAS lebih berwibawa.

3) Apa yang jelas, Timbalan Mursyidul Am PAS (Haron Din), Nik Aziz dan Presiden PAS (Hj. Hadi) tidak sependapat dalam isu muzakarah. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa Presiden PAS menolak pandangan Mursyidul Am PAS.

4) Keretakan ini bertambah jelas Hj. Hadi tidak hadir pada hari penamaan calon Permatang Pauh yang dihadiri Nik Aziz.

5) Dalam program-program besar kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Hj. Hadi tidak disenaraikan hadir, yang disenaraikan hanyalah Nik Aziz.


Ulasan: Jelas kepada kita bahawa apa yang berlaku sepanjang muktamar tersebut menunggu masa dan ketika untuk membuktikan bahawa perpecahan akan menjadi kenyataan umpama ‘Retak Menanti Belah’.

Friday, August 15, 2008

ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM

oleh: http://www.pilihanrayakini.com/

PAS lebih senang jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Bagaimanapun PKR pula lebih suka penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan utama itu, tambahnya."Kalau ikut pandangan Dewan Ulama PAS, tentulah Presiden PAS (Abdul Hadi) lebih layak. Tentulah kita mahu pemimpin kita. "Kalau tanya orang Keadilan (PKR), dia akan kata presiden Keadilan," katanya, seperti dipetik Bernama, selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS di Ipoh pagi ini.

Cadangan melantik Abul Hadi dinyatakan juga oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah semalam.Menurut agensi berita itu lagi, ditanya sama ada pendirian pemimpin PAS itu boleh menimbulkan perebutan jawatan itu antara anggota-anggota Pakatan Rakyat, Mohamed berkata "soal itu tidak akan timbul" kerana perbincangan boleh dilakukan antara tiga parti itu. "Kita akan bincang antara tiga parti itu... serupa dengan kes pelantikan menteri besar Perak.

Tetapi bagi kita Dewan Ulama PAS, Abdul Hadilah lebih layak, cuma nak lantik itu tak semudah yang kita kata, kena bincang," beliau dipetik sebagai berkata.Bagaimanapun, tambahnya, Dewan Ulama PAS tidak mempunyai kuasa dalam soal tersebut dan sekadar memberi pandangan kerana ia perlu dibincangkan di peringkat Majlis Syura serta Jawatankuasa Agung.

Mohamed berkata, Dewan Ulama juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong pelantikan Anwar "asalkan pelantikan itu nanti mampu mendatangkan kebaikan dan menguntungkan Islam." "Kalau tidak menguntungkan Islam... kita tengok dan lihatlah nanti,"katanya.

Penulis: Memang tak untung Islam pun, tak payah lah tolong Anwar Ibrahim

APA KATA PEMIMPIN PAS TERHADAP ANWAR

Oleh: Mustikacitra-indah

Beberapa perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Stadium Indera Mulia di sini, semalam secara terbuka mengingatkan kepemimpinan serta ahli parti itu supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar, sebaliknya mengambil sikap lebih berhati-hati dengan Penasihat PKR itu.

*KESIMPULAN MUSTIKA: PAS SUDAH TIDAK YAKIN DENGAN ANWAR

Wakil Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata banyak ucapan serta kenyataan Anwar, terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, mengelirukan dan seolah-olah tidak ingin melihat Islam menjadi ketuanan di negara ini. "Kita semua jangan lupa hakikat bahawa selama 16 tahun Anwar pernah menjadi penghalang kebangkitan Pas. Ada yang kata jangan ungkit, tetapi kita perlu juga pandang ke belakang sekali sekala untuk mara ke depan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas.

*KESIMPULAN MUSTIKA: ANWAR JADI PENGHALANG KEBANGKITAN PAS SELAMA 16 TAHUN.


Wakil Selangor, Zulkifli Ahmad, pula kesal kerana Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak disebut-sebut sebagai pemimpin utama jika Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat.Paling menyedihkan, katanya, lidah rasmi Pas Harakah sendiri sudah menjadi 'berita Anwar' manakala Abdul Hadi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menerima liputan sehebat Penasihat PKR itu. "Sanggupkah pemimpin dan ahli Pas melihat Timbalan Perdana Menteri diisi oleh bukan Islam dan Abdul Hadi hanya diberi jawatan menteri biasa menjaga belia atau kebudayaan? Kenapa Abdul Hadi tidak disebut-sebut sebagai pemimpin yang harus didaulatkan? Mana slogan Kepemimpinan Ulama?," tegasnya.

*KESIMPULAN MUSTIKA: PAS SUDAH DICUCUK HIDUNG. IKUT TELUNJUK ANWAR

Wakil Pulau Pinang, Mohd Radzuan Ramli, menghangatkan lagi suasana apabila mengingatkan Pas supaya jangan meruntuhkan kerajaan jahiliah lama dan menggantikan pula dengan kerajaan jahiliah yang baru. "Jangan dok kemaruk 16 September runtuhkan kerajaan jahiliah lama Umno diganti dengan kerajaan jahiliah baru yang jayakan kepentingan luar seperti Amerika," katanya sambil meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan yang dibentuk kelak meminggirkan Islam.

*KESIMPULAN MUSTIKA: PAS SEDAR ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN AMERIKA

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohd Daud Iraqi, berpendapat Abdul Hadi adalah tokoh paling sesuai dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini. "Jika kita berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September ini, kita berpendapat Presiden Pas paling layak menjadi Perdana Menteri. "Itu pandangan Dewan Ulama. Tentulah kita kata presiden kita yang layak. Kalau parti lain akan mengatakan presiden mereka yang layak," katanya. Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, juga mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyatmengambil alih pemerintahan.

*KESIMPULAN MUSTIKA: ANWAR BUKAN ORANG YANG LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN

HUBUNGAN PAS, PKR DAN DAP 'TERSIMPUL MATI'

oleh: Mustikacitra-indah

IPOH 14 Ogos - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan tetap bersama pakatan pembangkang sambil menyifatkan hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah 'tersimpul mati'.Katanya, Pas tidak mahu berpisah daripada gabungan pembangkang itu sebaliknya segala masalah yang tercetus dalam pakatan pembangkang akan diselesaikan menerusi konsep musyawarah.

Beliau berkata, kemenangan yang diperoleh Pas semasa pilihan raya umum baru-baru ini adalah atas nama pakatan pembangkang dan kerjasama tersebut akan berterusan sampai bila-bila.Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, hari ini. - Utusan

******************************************************
MUSTIKA: Inilah contoh pemimpin tak sedar diri. Orang dah buat macam-macam pun masih nak menangkan lagi. Mustika percaya jauh di sudut hati pemimpin ini tidak membenarkan dan mengizinkan segala pelakuan kurang ajar dan melampaui batas DAP dan PKR tetapi apakan daya, hubungan mereka sudah 'tersimpul mati', sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Kasihan...........

Pemuda PAS juga telah menyarankan supaya jangan terlalu taksub dengan Anwar. Nampaknya ada kepincangan dan perbezaan pendapat antara Pemuda PAS dan juga Naib Presiden PAS sendiri. Apa sudah jadi?

JANGAN TERLALU MENGGANGGUMI ANWAR-PEMUDA PAS

oleh: Tulip Desa

IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Menurut mereka, sikap segelintir pemimpin Pas yang terlalu mengagumi dan mengagungkan Anwar seolah-oleh tidak mengiktiraf keupayaan kepimpinan ulama dalam Pas.Wakil Dewan Pemuda Pas Selangor, Zulkifli Ahmad berkata, jika pemimpin dari parti lain dalam pakatan pembangkang yang menerajui negara, dibimbangi perjuangan Pas yang berlandaskan Islam akan dipinggirkan.

Sumber: Utusan Malaysia
***********************************************************************************
Tulip setuju benar dengan kenyataan Pemuda PAS itu. Nampaknya Pakatan Rakyat sedang mengalami kepincangan akibat krisis dalaman parti. Tulip,memanjatkan kesyukuran kerana PAS telah sedar daripada mimpinya. Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Marilah kita membongkar segala kejahatan dan pembohongan DSAI agar rakyat Permatang Pauh tidak terpengaruh dan menjadi mangsa kerakusan DSAI yang umpama Firaun Ala Malaysia.

Thursday, August 14, 2008

HAJI HADI MAHU KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT

oleh: Tulip Desa
Gambar: Haji Hadi mula sangsi dengan keakraban Anwar dan Kit Siang.

Apakah Kit Siang akan jadi pilihan Anwar untuk kerusi no. 2?) Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.

Haji Hadi menyatakan demikian di ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Pulau Pinang pada 11 Ogos 2008. Sekiranya komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara maka PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.


(Gambar: Blogger DAP sudah jadi Ahli Parlimen di Penang.
PAS yang bantu siang malam kempen tidak dilantik pun jadi EXCO di Penang). Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang), berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Haji Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau.
Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji” kata Mohamed Hafiz. Pemuda PAS Penang berani lawan DAP?

Baru baru ini, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Fairus (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) membawa satu rombongan ke luar negara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada DAP. Fairus juga dipertikaikan kerana menggunakan kad minyak kereta Exco pada kereta sendiri. Siapa dengki kepada Exco Islam Penang, kalau tidak DAP? Wakil Rakyat PAS, Exco pun tidak dilantik. DAP tidak pandang dan tidak hargai pun jasa PAS di Pulau Pinang. Orang PAS masih tidak sedar lagi kah? Baguslah kalau Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR Bandar Bharu Kulim) sudah sedar bila bergaduh dengan Latheefa Koya (Peguam Anwar, Ahli Majlis MPT PKR) ketika penganjuran Forum "Memeluk Islam". Latheefa Koya sama seperti bosnya, mempertahankan juga penganjuran forum tersebut.

AZRINIZAM IBRAHIM,Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Sumber: http://www.anginperubahan.blogspot.com/
***************************************************************************
Apa sudah jadi dengan Pakatan Rapuh (PKR)? Belum setahun memerintah sudah dengar ura-ura nak berpecah. Menjadi mula nama yang Tulip gelarkan ini. Bukan semakin lama semakin kuat, sebaliknya semakin rapuh dan layu. Nampaknya PAS mula bimbang dan sangsi dengan hubungan DSAI dan Lim Kiat Siang yang kelihatan semakin akrab, semacam ada hidden agenda. DSAI pula terdesak dalam meraih sokongan dan dalam usaha mengekalkan kedudukan politik dan populariti beliau.

Sedarilah wahai Pakatan Rakyat, hancur atau majunya sesebuah negara adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran pemimpin politik parti itu. Justeru itu, janganlah terlalu ghairah menunjukkan kehebatan dan kekuatan sehingga tidak menyedari maruah bangsa dan agama berada diambang kemusnahan. Renungkanlah.