Wednesday, May 7, 2008

HORMATILAH BAHASA KEBANGSAAN

Wakil rakyat Ipoh Barat dari DAP tidak menghormati bahasa kebangsaan dalam Dewan Rakyat. Sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau mesti fasih berucap dalam bahasa Malaysia terutamanya dalam dewan yang mulia ini.

Tidakkah YB Ipoh Barat tahu bahawa penguasaan bahasa Malaysia itu adalah satu aset terutamanya sebagai wakil rakyat. Apabila seseorang itu tidak mempunyai penguasaan bahasa beliau akan menghadapi banyak masalah untuk berhujah dengan jelas dan tepat.

Tambahan lagi apabila beliau ini tidak segan silu menggunakan bahasa Inggeris di dalam dewan tanpa meminta izin daripada Yang Dipertua Dewan. Ini adalah satu penghinaan. Beliau sepatutnya berkata "dengan izin" apabila berbahasa Inggeris. Bukan saja tidak berbuat demikian tetapi beliau terus menggunakan bahasa itu ketika berhujjah.

Adalah dicadangkan YB ini pergi memperbaiki penguasaan bahasa Malaysianya di Institut Bahasa dengan segera.