Wednesday, May 7, 2008

KEMENTERIAN PROAKTIF DAN KREATIF

Wakil rakyat Bachok perlu sedar bahawa Kementerian Penerangan sentiasa mengamalkan konsep keterbukaan sejak lama lagi. Kementerian itu prihatin kepada semua rakyat yang setia kepada RTM.

Tugas RTM adalah untuk memberi maklumat yang mutakhir dan tepat. RTM sentiasa menepati keperluan semasa supaya rakyat menjadi masyarakat yang "well informed" dan "up to date" dengan isu-isu semasa di dalam dan luar negara.

Beberapa ahli politik yang ditemui di lobi Dewan Rakyat berharap wakil dari Parlimen Bachok jangan terburu-buru membuat kesimpulan bukan-bukan terhadap RTM.

Menurut mereka, Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, sentiasa peka tentang keperluan kementeriannya.