Sejak dewan bersidang, suara-suara sumbang dari pembangkang cukup ketara. Pembangkang kelihatan biadap semasa perbahasan dan ini satu fenomena yang merendah-rendahkan martabat dewan yang mulia ini.
Pembangkang perlu sedar bahawa gelagat mereka sentiasa diperhatikan oleh banyak pihak sama ada dalam dan luar dewan termasuklah pelajar-pelajar yang menjadi pemerhati di galeri.
Mereka mempunyai pandangan tinggi terhadap ahli dewan dan perangai ahli pembangkang sungguh menjengkel dan mengecewakan.
Seterusnya mereka ini turut mengelirukan minda audien dengan memutarbelitkan kenyataan-kenyataan pemimpin Kerajaan.
Cara mereka untuk memanipulasi isu adalah cara lama dan ini membosankan.