Thursday, May 8, 2008

TELADANILAH MP TAIB AZAMUDEEN

Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu isu khilafiah (intra agama) dibincangkan dalam forum yang berlainan dan bukan dalam Parlimen bagi menghormati masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan MP Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin, yang membangkitkan tindakan penangkapan pengamal Wahabi.

Pandangan Dr Ahmad Zahid disokong oleh MP Baling, Taib Azamudden Md Taib, yang bersetuju bahawa pengamal Wahabi tidak selari dengan amalan ahli sunnah wal-jamaah di negara ini.

Pemerhati politik berpendapat pemimpin PAS dan PKR perlulah mencontohi MP Baling yang bersikap rasional dan mengemukakan hujjah tanpa mengira kedudukan pegangan politik. Beliau yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan amat arif dengan isu Wahabi dan berpendapat ia tidak perlu dipolimikkan.

Bagaimanapun, beliau menyarankan agar kerajaan menyaring latarbelakang individu tertentu sebelum dilantik memegang sebarang jawatan agama khususnya jawatan mufti.

Tindakan Dr Ahmad Zahid itu juga dilihat berjaya mengalihkan perbincangan mengenai agama di Parlimen dan tidak mahu dewan yang mulia itu digunakan untuk membincangkan isu agama bangsa.

No comments: