Thursday, May 8, 2008

BANTERAS PROGRAM ROSAK ROHANI

MP Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, mahu program SMS yang "menipu" dan merugikan rakyat perlu dicegah dan dibanteras oleh kerajaan.

Menurutnya, ada juga program SMS yang bukan saja merugikan rakyat tetapi juga memesong pemikiran mereka terutama golongan belia.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ketika menjawab soalan lisan MP Kalabakan itu menegaskan pihak mereka sentiasa memantau program SMS dan mengawal penyiarannya.

Menurutnya, setakat ini lebih lima juta ringgit telah dibelanjakan oleh rakyat negara ini dalam program SMS.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata tidak semua program berbentuk sms tidak baik malah ada yang dikategorikan kepada kategori maklumat atau info yang bertujuan mengalakkan interaktif dan meningkatkan stategi promosi atau pemasaran. Ini memberi peluang kepada penonton mengetahui pelbagai maklumat.

Pemerhati politik menyifatkan pertanyaan MP Kalabakan yang menyatakan program SMS seperti Akademi Fantasia (AF) perlu diteliti bagi menggelakkan rakyat ditipu menimbulkan banyak persoalan. Ini berdasarkan kenyataan bahawa AF adalah satu program hiburan dan amat diminati oleh golongan belia di negara ini dan jiran.

Ini adalah satu program komersial yang diinspirasikan daripada program luar negara. Untung rugi adalah perkara utama yang difikirkan oleh penganjur. Program ini diadakan dalam suasana terkawal dan sudah tentu tidak mendatangkan gejala negatif kepada remaja. Namun begitu, sama ada program itu merosakkan belia memerlukan satu kajian empirikal atau saintifik untuk menyatakan kebenaran atau sebaliknya.

Selain itu, orang ramai perlu memahami bahawa kerajaan sentiasa memantau program seumpama ini agar ia tidak merosakkan rakyat dan memberi peluang untuk mengasah bakat mereka terutama golongan berbakat.

No comments: