Wednesday, May 7, 2008

SABAR BANGSA MELAYU ADA HADNYA

Oleh Pemerhati Khas

Bagi bangsa Melayu, orang yang biadap perlu diajar. Ini penting bagi memastikan sikap kurang ajar itu tidak berterusan yang memungkinkan pihak terbabit mengeluarkan pelbagai kenyataan lagi. Bagi mereka yang kurang ajar ini, sudah tentulah sikap berdiam diri pihak yang ditegur itu, memberi ruang dan peluang kepadanya untuk meneruskan sikap biadap berkenaan.

Ini yang perlu difikirkan oleh pemimpin Melayu bagi memastikan Karpal Singh tidak terus bersikap kurang ajar terutama kepada bangsa Melayu dan institusi Raja-raja. Pemimpin Melayu perlulah membuat sesuatu termasuk mengusulkan kepada Raja-raja satu tindakan perlu diambil kepada "orang kurang ajar" ini tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan semangat hidup bermasyarakat rakyat negara ini.

Karpal Singh sepatutnya merasa malu dengan latarbelakang pendidikan undang-undangnya sekirannya beliau tidak menghormati Perlembagaan yang antara lain menghormati hak keistimewaan bangsa Melayu dan menghormati institusi Raja-raja. Tindakan beliau itu mempamerkan ilmu pengetahuan guamannya hanya digunakan untuk tujuan komersial iaitu mengaut keuntungan dalam bentuk wang ringgit saja tetapi tidak digunakan untuk memahami dan menghayati semangat hidup mengikut Pelembagaaan.

Karpal Singh mahu menjadi hero rakyat tetapi mungkin tersalah pilih bidang yang mahu diusiknya iaitu Ketuanan Melayu dan institu Raja-raja kerana ketelanjurannya itu boleh mendatangkan kemarahan kepada bangsa Melayu. Sikap orang Melayu yang penuh sopan dan beradab mahu dicabar oleh peguam itu agar boleh digunakan dalam tindakan "tukang karut"nya pada masa akan datang. Mungkin beliau mempelajarinya daripada sahabatnya, Lim Kit Siang yang sentiasa meniupkan sentimen perkauman.

Kini kedua-dua mereka dibantu oleh anak kesayangan mereka yang sudah pasti akan mengambilalih peranan untuk meniup semangat terus mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu pada masa akan datang. Lim Guan Eng yang diberi peluang untuk menerajui Pulau Pinang secara sombongnya ingin menghapuskan DEB yang telah mendatangkan kemarahan bangsa Melayu.

No comments: