Oleh Putri Malaysia
(http://www.putrimalaysia.blogspot.com)
Putri tertarik dengan sidang hari ini. Isu perkauman nampaknya tidak terlepas dalam persidangan kali ini. Puncanya, Karpal Singh yang dengan beraninya yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Perak berhubung jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Nampaknya pembangkang gagal memahami sensitiviti orang Melayu dan berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Putri sedih dengan keadaan ini yang nampaknya semakin meruncing . Mereka semakin berani sedikit demi sedikit sebenarnya mempersoalkan keistimewaan orang Melayu.
Memang secara automatiknya isu berkenaan raja-raja ini merupakan sentimen orang Melayu. Pembangkang pula nampaknya menggunakan isu ini dengan mengatakan ia bersifat perkauman dan menyatakan mereka bangsa Malaysia dan bukannya bangsa Melayu. Ini memang benar-benar mengganggu emosi seluruh kaum Melayu.
Dewan kecoh apabila MP Muar menyifatkan Karpal Singh sebagai derhaka kerana tindakannya itu dan Karpal nampaknya tidak setuju dengan bahasa yang ditujukan kepadanya. Sepatutnya Karpal fikir dahulu sebelum pandai mengeluarkan kenyataan. Kerana Pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.
Memang bingit sidang hari ini dengan isu perkauman . Bukan sahaja isu sultan , Isu bangsa Tamil yang dikatakan seperti ditinggalkan dalam pembangunan juga menarik minat sidang dan menjadi seperti medan pergaduhan. Putri harap janganlah isu perkauman ini dibincangkan kerana gusar andainya ianya semakin meruncing dan jadi medan pergaduhan hinggakan perbalahan antara kaum terjadi. Akhirnya apa pun tak dapat. Sepatutnya MP MP ini bersidang untuk menyelesaikan masalah bukannya menambahkan masalah.
Wednesday, May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment