Wednesday, May 7, 2008

KARPAL SINGH TOLAK KETUANAN MELAYU

MP Muar hari ini sekali lagi melahirkan kecewaannya dengan sikap MP DAP, Karpal Singh, yang bukan saja tidak mahu meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan titah ucapan SPB Yang Dipertuan Agong tetapi tetap berdegil untuk mempertahankannya.

Karpal Singh yang pernah menegur Sultan bahawa kita sekarang bukan dalam sistem feudal berkata, orang Melayu jangan heboh untuk memperkatakan mengenai Ketuanan Melayu sebaliknya memikirkan kaum lain di negara ini.

Bagaimanapun, pandangan beliau disanggah oleh MP BN yang menyifatkan beliau ingin berdolak-dalik di atas ketelanjuran dan sikap biadapnya terhadap bangsa Melayu. Bagi MP UMNO, mereka tidak ada niat untuk menyinggung perasaan orang lain tetapi mahu kaum lain menghormati apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuk hak keistimewaan bangsa Melayu dan menghormati institusi Raja-raja di negara ini.

Yang amat menjelekkan ialah sikap MP PKR dan PAS yang turut menyokong Karpal Singh yang boleh dianggap sebagai tukang karut yang sentiasa memainkan sentimen perkauman untuk menagih simpati daripada rakyat jelata. Perbuatan MP PKR dan PAS ini amat bahaya kerana mereka juga akan terjerumus dengan tindakan kotor DAP yang mahu kaum bukan Melayu menentang UMNO dan juga institusi Raja-raja. Pengundi-pengundi mereka perlu mengetahui sikap talam dua muka yang diamalkan oleh PKR dan PAS.

MP PKR dan PAS ( antaranya MP Gombak, MP Machang, MP Kuala Kerai) menidakkan perjuangan UMNO dengan mengatakan bahawa MP UMNO hanya mengutarakan mengenai Ketuanan Melayu selepas 8 Mac lalu, sedangkan inilah agenda perjuangan UMNO selama ini. Malah parti yang menjadi tunjang Kerajaan Pusat sekarang sentiasa memastikan hak bangsa Melayu terpelihara dan dihormati sepanjang masa.

No comments: