Wednesday, May 7, 2008

SABAH SUDAH MAJU BAA...

MP Kimanis menegaskan rakyat perlu sedar bahawa Kerajaan Pusat sudah banyak membelanjakan wang di Sabah. Menurutnya, tindakan itu telah meningkatkan taraf kehidupan sejumlah besar penduduk Sabah.

Oleh itu, katanya, semua pihak perlu diingatkan dengan janji Kuala Lumpur untuk sama-sama menaikkan Sabah agar sama taraf dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata banyak lagi contoh pembangunan yang telah dilaksanakan di Sabah yang perlu difahami dan tidak mahu pihak pembangkang memainkan sentimen yang tidak membantu merapatkan hubungan penduduk Sabah, Sarawak dan Semenanjung.