Wednesday, May 7, 2008

APA MOOD DALAM DEWAN?

Keseluruhannya "mood" dalam dewan hari ini bercampur-campur.

Pada sesi pagi didapati suasana agak biasa kerana itu adalah sesi soal jawab. Hanya yang menarik pada sesi itu ialah respon kepada soalan tambahan oleh PAS Kuala Kerai kepada ADR Bagan Datok, Menteri. Di sini isu Islam Hadhari dibangkitkan dan Menteri telah dapat memberi penjelasan sewajarnya terhadap soalan PAS Kuala Kerai.

Pada sesi petang, dewan agak gamat dan kecoh apabila wakil rakyat Ipoh Barat menimbulkan isu surat beranak. Keadaan bertambah gamat apabila beliau melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Sebenarnya wakil rakyat ini sengaja mengambil peluang untuk menyuarakan kekurangan yang dihadapi oleh kaum India yang seolah-olah menggambarkan ketidakcekapan Kerajaan tetapi yang sebenarnya mereka sendiri tidak mengikut peraturan dan undang-undang.