Thursday, May 8, 2008

RTM SENTIASA TEGAKKAN SYIAR ISLAM

Pelbagai pihak menyifatkan kenyataan MP Baling, Taib Azamudden Md Taib, yang menyatakan tindakan RTM menayangkan program Bicara Mufti pada jam 1.30 pagi adalah ibarat melepaskan batuk ditangga saja, tidak benar dan ingin memperkecil-kecilkan hasrat murni kerajaan.

Bagi mereka, MP Baling itu perlu mendapat maklumat tepat dan tidak membuat tuduhan melulu semata-mata untuk mencari publisiti murah di dewan yang mulia.

Beliau perlu mengetahui bahawa Bicara Mufti juga ditayangkan pada 6.30 pagi dan diulang tayang pada jam 1.30 pagi. Tindakan menayangkan dua kali program itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Selain itu, pengulangan program Bicara Mufti itu amat sesuai untuk ditonton oleh golongan yang mempunyai masa pada waktu selepas tengah malam. Ini termasuk pekerja yang bekerja mengikut sif seperti pekerja kilang atau kakitangan sektor pengangkutan.

No comments: