Monday, May 12, 2008

PEMBANGKANG JANGAN SUKA BUAT TUDUHAN

MP Sepang, Datuk Zain Mohamed, mahu pembangkang memberi penerangan yang betul kepada penduduk dan tidak membuat tuduhan tertentu. Menurutnya, kejadian di Bandar Mahkota Cheras baru-baru ini memaparkan pembangkang mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat bahawa kerajaan seolah-olah "bersekongkol" dengan Grand Saga.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, tindakan syarikat itu diambil mengikut undang-undang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang dimeterai. Pembangkang jangan mengambil tindakan mengikut kehendak mereka sendiri dan membelakangkan undang-undang. Antaranya merobohkan penghadang yang dipasang oleh Grand Saga.

Menurutnya, kerajaan amat prihatin kepada rakyat dan juga sentiasa kepentingan semua pihak termasuk syarikat. Pembangkang perlu membuat sesuatu tindakan dengan bertanggungjawab serta secara terhormat dan bukan membuat secara melulu.

Tindakan pembangkang itu tidak sihat kerana ia memaparkan sikap mereka untuk mempolitikkan sesuatu isu mengikut kehendak mereka. Yang lebih malang ialah mereka mengetepikan peraturan dan undang-undang di negara ini. Pembangkang perlu bertanggungjawab dan menghormati undang-undang. Mereka tidak perlu menghasut rakyat untuk merobohkan penghadang yang dibina oleh Grand Saga.

Pembangkang perlu meneliti dulu sama ada tindakan Grand Saga mengikut undang-undang sebelum membuat sesuatu yang mungkin dilihat untuk menggalakkan rakyat menentang Grand Saga yang mengikut undang-undang. Ini tidak sihat dalam politik negara ini.

No comments: