oleh : Amin Salih
YAB Menteri Besar Perak kenalah bersyukur sebagai MB Perak kerana pelantikannya atas ehsan Sultan ingin melihat MB perak di kalangan orang Islam. Kalau kita lihat keputusan pilihanraya di Perak baru-baru ini sepatutnya DAP yang memengang jawatan MB Perak dengan majoriti lebih banyak dari PAS yang hanya mendapat 6 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding dengan DAP mendapat 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dan mustahil sebagai MB Perak tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa pelantikan Pengarah JAIP di bawah kuasa Sultan dan perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum menbuat apa-apa keputusan.
Nampaknya di sini keputusan yang dibuat oleh MB telah menbelangkankan Sultan. Ataupun MB telah diperkudakan oleh DAP di Perak? Ataupun yang lebih malang lagi sebagai boneka DAP untuk mencapai matlamat perjuangannya. Realitinya Inilah jarum yang telah dimasukkan oleh DAP dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Secara logiknya MB juga terlibat sama dalam menpertikaikan pelantikan pengarah JAIP oleh Sultan Perak. Jelas kepada kita secara sedar ataupun tak sedar pentadbiran Kerajaan campuran di Negeri Perak banyak dipengaruhi oleh DAP.
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment