MP Rantau Panjang (PAS) meminta kerajaan menjelaskan bahawa pembantu-pembantu rumah asing membawa kesan kepada akhlak kanak-kanak. Ini akan membawa kepada kesan-kesan sampingan yang lain. MP Rantau Panjang juga mengatakan bahawa pengambilan pembantu rumah asing ini akan menambah pengaliran wang ke luar negara.
MP Rantau Panjang harus sedar bahawa pembantu rumah asing ini sudah menjadi keperluan terutamanya bagi keluarga yang suami dan isteri bekerja dan kerajaan tiada halangan kepada mereka yamg memerlukan pembantu rumah asing. Kerajaan juga sudah lama mengkaji perkara ini dan implikasinya. Implikasi dari segi pengaliran wang ke luar negara adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia memberi impak positif kepada negara penerima seperi Indonesia dan secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara jiran.
Rata-rata rakyat Malaysia tiada masalah di dalam hal ini, bahkan meminta pembantu-pembantu rumah asing ini disediakan apabila pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat sejak dua dekad yang lalu. Untuk makluman, negara-negara maju seperti Jerman, Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak sepi daripada menghadapi masalah seperti ini. Mereka banyak juga mengambil pembantu rumah asing dari negara Turki dan Mexico.
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment