Tuesday, May 13, 2008

TUMPUAN KEPADA BIDANG PERTANIAN

oleh : mustika citra indah
(http://mustikacitra-indah.blogspot.com)

Dalam keadaan semasa negara menghadapi isu kekurangan beras. Harga padi dan beras yang ditetapkan oleh Negara semalam adalah untuk memberi kemudahan dan kelebihan kepada peniaga dan pengguna.

Dalam mnghadapi isu ini, Kerajaan akan memberikan tumpuan yang lebih aspek pertanian padi. Menteri terbabit menyatakan, bagi Projek Sungai Manik terdapat 2586 orang petani di kawasan berkenaan dan RM500 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan insfrustruktur di kawasan berkenaan. Kerajaan menumpukan Projek Sungai Manik kerana dalam situasi sekarang, projek penanaman padi diberi keutamaan. Usaha Kerajaan ini adalah untuk mengurangkan import supaya negara tidak lagi bergantung kepada import semata-mata.

Apabila Wakil Rakyat Pasir Salak bangun untuk menyatakan ketidak puasan hati mengenai sumber kewangan dan rasional perbelanjaan yang banyak untuk projek-projek pertanian, Menteri berkenaan dengan sinis memuji rakyat di Pasir Salak harus bersyukur kerana wakil rakyatnya gigih berjuang untuk membela rakyatnya. Menurut menteri berkenaan, beberapa tokoh telah memberi amaran sebelum ini kepada kerajaan mengenai isu kekurangan bekalan makanan. Menteri mengakuinya, tetapi pada masa itu kerajaan mungkin belum sedar betapa hal tersebut perlu ditangani segera.

Menteri juga menerangkan bahawa sumber kewangan lain juga akan digunakan selain Perbendaharaan Negara dan Petronas. Di bawah Koridor Utara, GLC telah digalakkan untuk terlibat dalam projek-projek kerajaan. Terbaru, Sime Darby telah menunjukkan minatnya untuk terlibat secara langsung dalam projek-projek kerajaan..

No comments: