Wednesday, May 7, 2008

BN TETAP PILIHAN RAKYAT

MP Alor Gajah, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana telah berjaya membawa pembangunan kepada rakyat.

Baginya, perkara penting sekarang ialah memperbetulkan sebarang kesalahan atau kekurangan. Ini untuk membolehkan rakyat terus memberi sokongan kepada BN.

Walaupun jalannya berliku-liku dan mungkin rasa pahit dengan apa yang berlaku sekarang, rakyat negara ini sudah pasti mengharapkan kerajaan menjalankan amanahnya termasuk dalam bidang perumahan dan infrastruktur.

Dr Fong juga mahu isu keselamatan dan jenayah diberikan perhatian untuk memastikan rakyat tidak bimbang. Ia perlu ditangani segera. Beberapa pendekatan diberikan ialah memastikan ramai anggota polis ditempatkan di kawasan yang berisiko tinggi seperti taman perumahan. Rumah polis pelancong perlu ditambah di lokasi pelancongan.

1 comment:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan ucapan YB Alor Gajah. Apa yang penting pada masa ini ialah BN memperkukuhkan kestabilan parti dan memperbaiki segala kekurangan.

Hidup BN!