Wednesday, May 7, 2008

JANGAN MAINKAN SENTIMEN RAKYAT

MP Putatan tidak mahu pembangkang memainkan perasaan rakyat Sabah terutama pengundi di kawasannya dengan meminta beliau tukar rumah daripada "banglo" ke rumah "teres". Menurutnya, beliau tidak mahu pembangkang memainkan sentimen sebegini seolah-olah tidak menghormati pilihan rakyat di kawasannya.

Menurutnya, beliau tetap akan mempertahankan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, beliau mahu kerajaan menunjukkan kewibawaan BN dan akan memenuhi janji-janji rakyat di Sabah dan Sarawak.

MP Batu Pahat juga membidas MP Titiwangsa yang sibuk mahu MP BN melompat segera sehingga menyebutkan mengenai kematian Ahli Parlimen. Bagi MP Titiwangsa, Sabah akan mendapat pembangunan yang diperlukan jika ada kematian.

No comments: