Tuesday, May 13, 2008

ANTI HOPPING LAW DISOKONG

oleh : http://free2talk2me.blogspot.com

Kehadiran PATI menimbulkan pelbagai isu malah boleh dianggap sebagai satu penyakit yang turut merosakkan tubuh badan kerajaan. Hubungan antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan sangat baik pada masa sekarang. Dalam hubungan ini, tubuh badan Malaysia hendaklah dipastikan sihat dan segar oleh kedua-dua belah pihak. Apabila kita merawati penyakit dalam badan, kesakitan yang dialami rakyat Sabah juga harus dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan.

PATI yang merupakan satu penyakit di negeri Sabah ini sudah mula merebak ke Semenanjung. Dengan itu, kerajaan jangan menyimpan masalah ini di dalam peti ataupun di bawah tikar. PATI juga didapati telah merebut peluang-peluang pekerjaan malah menimbulkan masalah sosial di kalangan rakyat Malaysia. Justeru kerajaan perlu mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah PATI.

'Anti-Hopping Law' adalah baik dan harus diberi sokongan daripada segi pelaksanaannya kerana undang-undang ini membantu menjamin kestabilan politik. Dalam pada itu, kerajaan Persekutuan harus berusaha menaikkan royalti minyak dari 5% kepada aras yang lebih tinggi. MP Keningau menggesa kerajaan Persekutuan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengumpul maklumat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah.

No comments: