Oleh ZULKIFLEE BAKAR
KUALA LUMPUR 2 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia merupakan satu pertarungan moral.
Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd.Noor berkata, BN harus ‘masuk ke gelanggang’ dengan keyakinan tinggi kerana dari segi moralnya parti itu berada di pihak yang benar.
‘‘Justeru kita tidak harus melihat ini politik kalah menang sebaliknya satu pertarungan moral, satu pertempuran untuk mempertahan dan menegakkan kebenaran,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini.
Mohamad Ezam mengulas persediaan yang harus dilakukan oleh BN bagi berhadapan dengan Anwar yang juga Penasihat PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.
Kerusi berkenaan kosong selepas penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Khamis lalu.
Mohamad Ezam menegaskan, BN dan UMNO perlu mempertahankan hujah bahawa negara ini berada dalam keadaan bahaya berikutan politik baru yang dibawa oleh Anwar.
‘‘Tindakan beliau adalah satu ancaman yang boleh merosakkan struktur politik dan sosial negara ini. Dalam sejarah, kita tidak pernah diancam oleh struktur di mana orang bukan Melayu semakin berani mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kontrak sosial,’’ katanya.
Oleh itu kata beliau, UMNO harus melihat pertembungan dengan Anwar dari sudut politik demi perjuangan bangsa dan agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
artikel anda :
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/pertarungan_moral_anwar
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Asalamualaikum pembaca WiraMalaysia.Saya amat sedeh apabila Kerajaan Malaysia di burokan di luar negara oleh Anwar untok mendapatkan kuwasa.Saya menasihatkan Anwar supaya jangan jatohkan maruah bangsa,rayat, ugama Islam dan negara Malaysia.Tidak perlu mendapatkan sokongan dari negara2 luar.Sebenar nya sebagaian dari negara2 luar sedang ketawakan kita.Peminpin2 di laur negara ada masalah di dalam negeri mereka masing2.Sebagai se orang yang banyak berpengalaman dalam bidang politik dan tahu apa itu Ugama Islam tidak payah lah cari jauh2 kerana Al Quran dan Sunah Nabi lebeh baik dari meminta pertolongan dari pada negara2 lain kerana mereka tidakkan dapat menolong melainkan Allah Ta,ala.
Terima Kaseh Asalamualiakum.
yang benar hamber Allah
Post a Comment