Oleh SuarakuDuniaku
Sepatutnya Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam tidak payah lah diadakan.
Rasanya penganjur sedia maklum apa akan terjadi sekiranya perkara ini dibincangkan. Soal agama bukan boleh dibuat main-main, Ugama merupakan kepercayaan setiap masyrakat di malaysia amnya bebas untuk menganuti sebarang agama pilihan mereka. Justeru tidak timbul Forum Memeluk Islam dibincangkan seolah-olah penganjur bebas untuk bersuara mengenai agama masyarakat lain tapi menghiraukan sensitiviti kaum melayu.
Apa untungnya membincangkan soal ini? Rasanya pihak penganjur yang terdiri barisan panel yang bijak pandai tahu apa jawapanya. Bukan sahaja pepecahan dan pergaduhan sesama masyarkat akan berlaku malah negara kita sudah tidak selamat untuk diduduki. Apakah kita mahu mencipta sejarah rusuhan kaum yang pernah berlaku dulu?
Rasanya semua masyarakat tidak mahu perkara ini terjadi. Lain kali pekalah dengan keadaan sekeliling, Walaupun kita diberi peluang bebas untuk bersuara tapi bukan maksud kita boleh bersuara mempertikaikan tentang ugama orang lain. Justeru itu fikir-fikirkanlah, jangan disebabkan kebodohon diri sendiri akan mengadaikan perpaduan sesama kaum dimalaysia.
Tuesday, August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment