Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Friday, August 22, 2008

ANWAR IBRAHIM SEPERTI ORANG LEMAS

Oleh: Pemikir

Anwar Ibrahim sama seperti orang lemas. Apa sahaja yang didapati di depan yang boleh menyelamatkannya akan digunakan sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan beliau diserang. Beliau sanggup menggunakan ulamak-ulamak terkenal dari Timur Tengah seperti Syeikh Tantawi dan Al-Azhar, Yusof Qrthawi selain mufti-mufti tempatan berhubung tuduhan liwat yang dibuat oleh saudara Saiful.

Nampaknya saudara Saiful menjelaskan apa yang berlaku ke atasnya dizahirkan melalui sumpah mengikut kehendak Islam. Tetapi Anwar menafikan sekeras-kerasnya dengan pelabagai alasan termasuk meminta bantuan orang luar bagi menyelamatkannya termasuk juga Gus Dur bekas pemimpin Indonesia, Amien Rais, pemimpin persatuan ulamak yang berpengaruh dilibatkan sama dalam kes peribadi beliau. Saudara mungkin ingat dalam satu dua hari ini, beliau mungkin akan berumpah walaupun sebelum ini menyatakan beliau tidak akan bersumpah.

Inilah perangai Anwar yang lemas dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai. Beliau sanggup membelakangi hukum Allah dalam keadaan terdesak hari ini. Sebenarnya Anwar sedang berperang dengan nafsunya, Allah, keluarga termasuklah anak isterinya sendiri serta rakyat Malaysia amnya dan penduduk Permatang Pauh khasnya.

Yang sebenarnya, dalam diri Anwar di saat ini , apa sahaja yang ada dihadapannya akan digunakan untuk berpaut bagi mengalih pandangan tentang apa yang dilakukan sebelum ini.Ingatlah, isteri, anak-pinak dan saudara yang dekat dengan beliau, sudah menjadi magsa termasuk ditahan di bawah ISA disebabkan nafsu kebinatangan yang ada dalam dirinya.

Rakyat dan Negara hari ini terpinga–pinga dengan pelabagai alasan yang diberikan. Sejak itu,kini dan mungkin selama-lamanya rakyat tidak tahu mahu membuat pilihan. Ini lah gelagat Anwar , seorang manusia yang pelik tapi benar. Kini beliau sedang berperang dengan jiwanya sendiri. AWAS!!! Negara akan dijajah oleh Amerika jika anda masih menyanyangi manusia seperti ini.

Anwar sepanjang perjuangannya sejak dulu penuh dengan tipu helah dan muslihat demi untuk kepentingannya sendiri. Para penyokong sudah ramai menjadi mangsa. Yang terbaru isterinya sendiri di paksa meletakkan jawatan di parlimen Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding sebagai Ahli Parlimen untuk merealisasikan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Wednesday, August 20, 2008

ANWAR TIDAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI

Sikap Anwar tidak konsisten dalam semua tindakannya sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Suka berbohong bermula sejak zaman persekolahan. Di pusat pengajian tinggi semasa menjadi pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam kerajaan. Dulu, kini dan selama-lamanya juga akan berbohong, beratus-ratus kali berbohong kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Di zaman remaja, berbohong kepada para pelajar di mana beliau mengajak rakan-rakan keluar beramai-ramai ke jalan raya untuk berdemonstrasi di Baling menentang kenaikan harga padi. Justeru, ramai rakan-rakan beliau ketika itu ditangkap di bawah ISA. Semasa dalam kerajaan beliau sanggup berbohong kepada ketuanya (Perdana Menteri) dan membocor rahsia-rahsia kerajaan kepada Amerika Syarikat bagi tujuan kepentingan diri dan populariti.

Justeru, beliau disayangi oleh Presiden Amerika Syarikat sehingga memberi karpet merah semasa lawatan beliau ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1997, beliau telah melakukan perkara yang tidak bermoral lalu dipecat dan seterusnya dimasukkan ke dalam penjara. Semasa dalam penjara beliau berbohong kepada rakyat bahawa diberi layanan seperti banduan tetapi yang sebenarnya di dalam biliknya disediakan segala kemudahan seperti televisyen, tilam, penghawa dingin, telefon dan sebagainya manakala makanan beliau ditempah khusus daripada hotel 5 bintang bukannya makan makanan yang disediakan kepada banduan.

Semasa dalam tahanan juga beliau mengatakan disuntik dengan suntikan yang boleh memusnahkan tubuh badannya termasuk rambutnya. Selain itu, beliau juga mengatakan telah disuntik oleh sejenis dadah bagi menamatkan riwayat hidupnya. Tetapi, semuanya itu bohong belaka sehingga hari ini masih hidup bermaharajalela.

Baru-baru ini sekali lagi, beliau menafikan sekeras-kerasnya berhubung dengan sumpah Saiful, malah ia mengatakan itu merupakan konspirasi politik untuk menjatuhkan air muka beliau. Selain itu, beliau mengatakan akan dituduh di mahkamah dan seterusnya dipenjarakan bagi menghalang beliau untuk bertanding dalam pilihnaraya kecil di Parlimen Permatang Pauh tetapi kenyataannya juga bohong belaka.

Sebelum ini, kerap kali kita dengar beliau mengumumkan akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, Bandar Baru Kulim Kedah dan Parlimen Gombak. Semuanya itu bohong belaka. Akhirnya beliau memaksa isteri beliau sendiri, Dr. Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh bagi membolehkannya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen.

Dua hari lepas dalam ceramahnya menyatakan kita akan menubuh sebuah kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada mulai 16 September. Ini juga merupakan pembohongan besar kerana ia tidak akan menjadi kenyataan kerana di dalam Bulan Ramadhan Parlimen tidak bersidang. Bagaimana beliau dapat mengemukakan undi tidak percaya kepada Parlimen? Inilah dia kebohongan ANWAR IBRAHIM SEJAK DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA.

DAJJAL MATA SATU – ANWAR IBRAHIM MEMBUAT 1001 PEMBOHONGAN. AWAS….

Oleh : Pemikir Negara

Suka berbohong adalah satu sifat yang tidak disukai semua agama di dunia ini. Dalam Islam orang yang suka berbohong akan dibalas dengan seksa dan ini menunjukkan perlunya orang membenci pembohong. Ini jelas berlaku kepada mantan Presiden Clinton yang membohong rakyat Amerika berkaitan dengan perhubungan sulitnya dengan wanita bernama Lewinsky. Episod ini yang didedahkan dalam akhbar-akhbar dan beratus-ratus buku termasuklah autoboigrafi Lewinsky sendiri jelas memaparkan sikap negatif Presiden Clinton ketika itu. Rakyat Amerika tidak boleh menerima bahawa Presiden mereka tidak bermoral kerana beliau adalah seorang presiden yang patut berpegang pada nilai-nilai agama Kristian

Di England pula, ahli parti konservatif dan rakyat juga menuduh mantan Perdana Menteri Tony Blair memesong dan menipu rakyat dalam menggubal dasar England terhadap peperangan di Iraq. Tony Blair mengatakan Iraq ada pusat mengeluarkan bom nuklear dan ini kononnya membahayakan Eropah. Sebenarnya Tony Blair telah berbohong kepada rakyat apabila loji yang didakwa itu hanyalah sebuah gudang memproses tepung gandum. Rakyat England kecewa dengan Tony Blair kerana beliau adalah sebenarnya suruhan Presiden Bush. Rakyat England juga mengaggap Tony Blair sebagai ” poodle” Presiden Bush. Akibat dari pembohongan ini Tony Blair didesak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Di Malaysia pemimpin-pemimpin politik pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS tidak sepi dari membuat pembohongan. Orang yang paling kuat berbohong ketika ini adalah Anwar Ibrahim, calon Parlimen Permatang Pauh. Beliau mula berbohong ketara pada 1998 lagi. Sejak itu beratus-ratus pembohongan telah beliau lemparkan kepada rakyat Malaysia.

Pemerhati politik mempunyai satu senarai panjang pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi. Di antaranya adalah seperti berikut:

Semasa menjalani hukuman penjara yang pertama beliau telah mengadu sakit leher. Rupanya beliau sihat dan tiada masalah dengan lehernya.
Memerlukan kerusi roda kononnya tidak boleh berjalan, tetapi apabila kembali di kamar, beliau boleh berdiri tegak dan normal.
Dakwa akan disuntik dengan kuman AIDS HIV tetapi imaginasi sahaja.
Mendakwa akan disuntik dengan racun arsenic tetapi tiada apa pun berlaku??
Bersekongkol dengan IMF atau Bank Dunia kononnya untuk mengukuhkan kewangan Malaysia. Sebenarnya beliau berbohong bertujuan untuk membawa Amerika Syarikat bertapak di Malaysia. Ini diseedari oleh Barisan Nasional dan seterusnya menyelamatkan Malaysia daripada menjadi bankrup dan bergantung kepada Washington seperti yang terjadi kepada Negara Amerika Latin, Somalia, Eutopia dan banyak lagi Negara-negara kecil di Carriebien.
Berbaik-baik dengan Pak Habibie, Pak Gus Dur, Pak Amien Rais atas alasan mengwujudkan masyarakat madani. Tetapi sebenarnya mereka adalah agen sulit Amerika mempunyai agenda klandestin atau tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia.
Mengadu kepada mantan Presiden Filipina, Madam Aquino dan juga Erap atau Estrada (Mantan Presiden Filipina) tentang keburukan-keburukan di Malaysia. Ini adalah satu pembohongan anti–nasional.
Menghubungi pemimpin Amerika Condoleeza Rice, Setiausaha Luar Presiden Bush untuk mencemar nama baik Malaysia. Pembohongan ini adalah bertentangan dengan Islam dan rakyat Malaysia.
Mendampingi CNN /NBC/Al-Jazeera, Herald Tribune, News Week dan BBC. Ini satu lagi saluran untuk beliau berbohong.
Berceramah di John Hopkins University, George Washington University, Oxford Islamic Institute. Ini satu lagi platform tempat beliau berbohong. Anwar hanya sesuai untuk berceramah di Hyde Park Corner (London) dimana beliau boleh berbohong sehingga malam kepada pelancong-pelancong.
Berwawancara dengan Metro TV Indonesia dan juga TV Singapura untuk terus memutar belitkan maklumat.
Berpura-pura dengan sahabat-sahabat sendiri seperti Datuk Nalakurappan, Mohd Ezam dan ramai lagi. Mereka ini terang-terangan dibohongi oleh Anwar Ibrahim sehingga sanggup masuk penjara di Sungai Buloh dan juga Kemunting.
Kononnya bercakap-cakap dengan Obama (Amerika). Sebenarnya direka dan tidak berlaku.
Bercakap-cakap dengan Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh. Mereka ini pun dibohongi Anwar. Anwar menipu dan duduk di atas tengkuk mereka untuk melonjak menjadi Perdana Menteri. Perkara seperti ini hanya berlaku di Negara-negara kecil di Afrika.
Memujuk ulamak-ulamak, imam-imam dan warga Mak Nyah. IMereka akhirnya pun jadi mangsa pembohongan.
Melaungkan September 16, 2008 beliau akan menjadi Perdana Menteri. Ini lagi satu gempak dan pembohongan. Ustaz Hadi sendiri menganggap Anwar Ibrahim seperti “angan-angan” Mat Jenin.
Akan berlaku wakil rakyat Parlimen menyeberangi masuk ke PKR pada sesi Parlimen pertama, 2008. Ini pun tidak berlaku.
Lari masuk dan menyorok di kedutaan Turki kononnya ada ura-ura hendak di apa-apakan. Perkara ini tidak berlaku pun. Yang tertipu adalah Duta Besar Turki, Kuala Lumpur dan juga diplomat-diplomat asing di Kuala Lumpur.
Mendakwa ekonomi Negara akan merudum akibat kenaikan harga minyak dan makanan. Ini sudah terbukti tidak berlaku dan adalah satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim.
Akan berlaku huru hara dan boleh membuat pelabur-pelabur asing lari. Malaysia masih aman dan pelabur tidak lari malahan semakin ramai yang melabur di Malaysia.
Dihadap dan dituduh meliwat pada 1998. Beliau mati-mati menafikan tetapi tidak meyakinkan hakim.
Kini pada 2008 beliau sekali lagi ditangkap kerana meliwat. Beliau terus menafikan walhal mangsa telah membuat laporan polis serta sanggup bersumpah di dalam Masjid Wilayah Ogos 2008 perihal diliwat Anwar Ibrahim.
Konspirasi – tidak berhenti becakap mengenai konspirasi. Sebenarnya sahabat dan ahli keluarga beliau terlibat dalam “conspiracy of silence” supaya melindungi kerja-kerja tidak bermoral di merata-rata tempat termasuklah di hotel dan kondo-kondo mewah sejak 1998 lagi.
Menuduh pihak polis, peguam Negara, BPR menganiaya beliau. Ini satu “diversion” untuk lari daripada kebenaran.

Anwar Ibrahim sering membuat “crywolfs” atau seruan serigala. Seorang budak pengembala kambing membuat seruan meminta pertolongan bahawa kambing-kambingnya diserang serigala. Apabila bantuan tiba kanak-kanak ini tertawa mengatakan beliau hanya berjenaka. Pada kali ketiga perkara ini diulangi, pembantu tiada datang lagi kerana mereka sangka budak itu masih berjenaka.

Pengundi-pengundi kita perlu berhati-hati. Kita tiada mahu seorang pembohong menjadi wakil rakyat apatah lagi menjadi kepala pembangkang dalam Parlimen. Apabila sekali berbohong beliau tidak akan ragu-ragu untuk berbohong sehingga akhir hayatnya.

GUS DUR – AMIEN RAIS – ANWAR IBRAHIM PROKSI WASHINGTON DAN MOSSAD. AWAS……..MEREKA MENGHINA DAN MENIPU ISLAM DI INDONESIA DAN MALAYSIA

Oleh: Pemikir Negara

Beberapa hari yang sudah seorang personaliti yang merupakan seorang bekas pemimpin sebuah Negara yang mempunyai gugusan 17,000 buah pulau telah datang ke Kuala Lumpur atas undangan pembangkang. Beliau tiba dengan beberapa penasihat ahli-ahli partinya untuk bersama-sama membantu teman sebantalnya yang bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

Orang yang dimaksudkan ialah Gus Dur Abdul Rahman, mantan Presiden Republik Indonesia yang kini sudahpun pensiun tetapi sibuk mengepalai kumpulannya.

Gus Dur merupakan seorang pemimpin yang problematic kerana beliau tidak dapat melihat tetapi dilantik menjadi Ketua Negara kerana tiada alternatif lain di Indonesia ketika itu. Bayangkan Indonesia yang mempunyai penduduk melebihi 200 juta orang tidak mempunyai pemimpin celik untuk memimpin Indonesia. Ini satu keanehan yang tidak masuk akal pemerhati-pemerhati politik dunia.

Kita perlu awas bahawa Gus Dur bersekongkol bersama Anwar Ibrahim. Mereka berdua ini sama iaitu mudah menghalalkan perkara-perkara negatif dengan cara pemutaran. Apabila Gus Dur menjadi Bapak Presiden Indonesia yang kaya raya itu beliau menjadikan agenda melawat semua Negara di dunia ini sebagai agenda utamanya. Selesai tempoh presidennya beliau sahaja telah menggunakan lebih dari USD 174 million bersantai ke seluruh Pelusuk dunia ini. Beliau membohongi rakyat Indonesia bahawa misinya adalah untuk mententeramkan pergolakan dunia yang diilhamkan oleh dirinya sendiri. Rakyat Indonesia bangkit mengkritik misi beliau itu sebagai satu pembaziran Negara.

Gus Dur juga cuba menjadi hero dalam menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Beliau berbaik-baik dengan zionis Tel Aviv dan telah mengundang pemimpin zionis Israel untuk datang ke Jakarta. Apakah hasilnya? Tiada, kerana keganasan Israel di palestin terus meningkat..

Beliau juga berbaik-baik dengan Amerika Syarikat dan pemimpin-pemimpinnya termasuklah Paul Wolfowitz, Ketua Bank Dunia ketika itu. Indonesia memanglah lama rapat dengan Amerika Syarikat kerana Washington mengkagumi gugusan Pulau ini yang dianggap strategik dan diduduki oleh majoriti penduduk-penduduk Islam. Tetapi Gus Dur melampaui hubungan apabila berbaik-baik dengan Paul Wolfowitz seorang Yahudi Amerika yang mengepalai agenda sulit Amerika untuk memiliki dan minda rakyat Indonesia.

Gus Dur tiada banyak membawa perubahan kepada rakyat Indonesia baik sebagai Presiden ataupun Ulamak. Beliau banyak membebel dan menggunakan imaginasi sebagai Presiden. Beliau beranggapan segala arahan yang dibuat adalah datangnya dari langit. Rakyat Indonesia mudah mempercayai dongeng Gus Dur dan sentiasa bersikap berserah kepada Yang Maha Esa walaupun perut majoriti rakyat kosong dan anak-anak tidak mendapat pelajaran asas.


Di Malaysia orang yang menepati karektor dan minda penuh khayalan Gus Dur adalah Anwar Ibrahim. Gus Dur dan Amien Rais (juga konco Amerika Syarikat dan CIA) adalah dua manusia yang opportunist meraih populariti masing-masing dengan bantuan Washington, Israel dan Singapura yang menjadi tapak badan perisikan Tel Aviv, MOSSAD, bertapak. Badan perisikan ini juga terdapat di Yangon, Bangkok, Manila di dalam ASEAN.MOSSAD. tiada dapat bertapak di Kuala Lumpur kerana Malaysia tidak mengiktiraf entiti Israel seperti juga Arab Saudi.

Anwar Ibrahim melalui rangkaian iaitu Gus Dur dan Amien Rais cuba mengepalai misi sulit Amerika untuk Washington “remote-control” Jakarta dan Kuala Lumpur.

Pemerhati politik antarabangsa berpendapat bahawa tripartite Gus Dur- Amien Rais-Anwar Ibrahim membahayakan kedaulatan Indonesia dan Malaysia. Eloklah Pak Presiden S. Yudhoyono meminta Gus Dur dan Amien Rais bertenang dan tidak masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia yang sentiasa menghargai hubungannya dengan Jakarta.

Wisma Putra perlu prihatin dan ambil berat terhadap sikap pemimpin-pemimpin politik Indonesia menyibuk dalam Pilihan Raya kecil Permatang Pauh. Ketiga-tiga orang ini adalah proksi Washington dan ini perlu didedahkan supaya rakyat Malaysia dan Indonesia tidak tertipu oleh puak anti Islam dan pro zionis.