Tuesday, May 13, 2008

BERUCAPLAH SEPERTI SEORANG PEMIMPIN

oleh Pemuda Malaysia
( http://www.pemudamalaysia.blogspot.com )

MP Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor daripada kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR telah menyampaikan perbahasan dalam titah usul menjunjung kasih hari ini. Bagi pendapat saya, ucapan yang diberikan MP Bandar Tun Razak, langsung tidak menarik perhatian dan hambar memandangkan latarbelakang beliau sebelum ini digambarkan sebagai seorang pencetus idea yang bernas.

Secara bandingan, ucapan MP Rembau semalam adalah lebih bertenaga dan penuh dengan maklumat yang bernas dan tepat. Saya ingin mencadangkan supaya MP Bandar Tun Razak belajar cara bercakap dan berbahas dengan lebih baik daripada MP BN atau pembangkang agar tidak dilihat sebagai seorang yang nampak hebat tetapi sebenarnya tidak.

Adakah masalah kegugupan menjadi faktor utama?

No comments: