MP Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh, telah menimbulkan beberapa isu dalam Dewan mengenai hal-ehwal rakyat Sabah. Antaranya beliau minta kerajaan menumpukan kepada pembangunan rakyat Sabah. Belaiu juga minta kerajaan menangani isu PATI , pendatang tanpa izin yang yang membawa pelbagai isu termasuk isu implikasi sosial.
Beliau juga minta kerajaan mengawal harga barang-barang keperluan asas kerana isu ini boleh menimbulkan masalah kepada rakyat yang pendapatan rendah di negara ini, terutamanya di Sabah.
Dalam hubungan ini, beliau meminta kerajaan menyusun semula kabinet supaya menteri dari Sabah memegang potfolio yang kanan dalam kerajaan bagi membolehkan mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Selain itu, MP KALABAKAN juga menggesa kerajaan Pusat menaikkan Royalti minyak dari 5% kepada 20% untuk digunakan untuk pembangunan kepentingan rakyat Sabah dan wang tersebut dimasukkan dalam Tabung Pembangunan Kerajaan Sabah.
Pemerhati politik berpendapat hujah-hujah MP KALABAKAN adalah berterus terang.Namun demikian ucapan itu telah memberi ruang kepada ahli-ahli pembangkang mencelah dan mengganggu suasana Dewan. Dengan itu, pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk mengutuk kerajaan Pusat seolah-olah kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Sabah.
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment