Monday, May 12, 2008

PAKATAN PEMBANGKANG SEMENTARA

MP Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menyifatkan pakatan pembangkang sekarang hanya bersifat sementara dan semata-mata bersifat public relations atau perhubungan awam.

Beliau juga berkata MP pembangkang bersikap angkuh dengan mendabik dada untuk menubuhkan kerajaan tidak lama lagi.

MP Rembau juga mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuhkan Projek Khinzir Raksasa (PKR) sebagai projek utama pembangkang di negeri itu pada peringkat awal pemerintahannya sedangkan rakyat mahukan projek yang memberi manfaat kepada mereka.

Pemerhati politik berpendapat pakatan pembangkang ini dilakukan demi untuk kepentingan pihak tertentu saja. Mereka ibarat tidur bersama tetapi mimpi lain-lain. Ini kerana satu pasti ada perbalahan antara DAP dan PAS yang menyentuh pembentukan Negara Islam. PAS ingin menubuhkan negara Islam sedangkan DAP menentangnya. Malah seorang pemimpin DAP, Karpal Singh, pernah menyuarakan pandangan bahawa, "Jika PAS ingin menubuhkan negara Islam, mereka perlu melangkah mayatnya,".

Malah mereka tidak menubuhkan gagasan sebelum ini seperti Barisan Nasional (BN) dan hanya ingin mengambil kesempatan daripada kemenangan mereka baru-baru ini. Malah jika diambil kira dengan kemenangan parti politik di Perak, parti yang menang ialah BN manakala tiga parti pembangkang tidak mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan. Mereka hanya boleh membentuk kerajaan setelah dibentuk sebagai kerajaan campuran.

No comments: