MP Papar amat prihatin berhubung dengan kedudukan rakyat di kawasan parlimennya dan Negeri Sabah umumnya. Justeru, MP Papar merayu Kerajaan Pusat supaya memberi ruang dan peluang kepada rakyat Sabah sama-sama membantu Kerajaan Pusat dalam semua bidang terutamanya dalam bidang diplomatik, pentadbiran dan keselamatan. Saya dengan penuh yakin dan percaya, rakyat Sabah tidak pernah kekurangan dari segi kebolehan dan juga kepakaran dalam bidang-bidang yang saya maksudkan tadi.
Beliau juga turut menyentuh isu pendatang tanpa izin (PATI) yang tidak habis-habis dibincangkan. Semakin hari semakin ramai PaTI di negeri tersebut. Justeru, langkah-langkah berikut perlu diambil segera dan diberi perhatian segera.
1) Pusat-pusat tahanan sementara yang sedia ada hendaklah dipantau dengan rapi supaya kesihatan dan keselamatan mereka terus terjamin terutamanya kes pengedaran sabu di dalam pusat-pusat tahanan.
2) Kawalan-kawalan sempadan oleh pihak keselamatan, polis dan tentera hendaklah dihadkan tempoh masanya bagi mengelakkan mereka mendapat suntikan luaran. Ianya juga bagi mengelakkan berlakunya rasuah dikalangan mereka.
3) IM13 hendaklah diteliti sebelum sebarang pemberian borang untuk diisi oleh mereka. Ianya perlu mengemukakan saksi-saksi seperti penghulu, bidan dan laporan polis bagi menentukan mereka betul-betul lahir di negeri Sabah.
4) Pihak polis diminta memberi keutamaan menjalankan operasi rondaan mereka di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti dihuni oleh PATI. Ianya bagi mengelakkan kes-kes jenayah berleluasa khususnya jenayah seksual, jenayah keganasan, jenayah harta benda dan lain-lain yang sering berlaku di semua kawasan-kawasan yang dihuni oleh PATI.
5) Semua jabatan kerajaan Negeri perlu memberi kerjasama kepada pihak polis dan pihak pendaftaran bagi menentukan PATI boleh dihantar pulang ke Negara asal mereka.
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment